Tuesday, March 5, 2013

AKHRINYA SELESAI SUDAH MENYUNTING GAMBAR.

Selepas saya ditegur kerana menunjukkan gambar makngahnya yang mendedahkan aurat, dengan serta merta saya cari dan tarik semua entri yang berkenaan dan convert kepada mod deraf.

Lalu dengan sangat bersusah payah dan penuh teliti saya telah menyunting  satu persatu semua gambar dalam entri-entri tersebut di mana yang patut setakat termampu dan kemudiannya saya publish semula. Letih giler wooo !

Lihatlah hasilnya seperti dalam beberapa entri di bawah (tak perlu baca sebab semuanya entri lama .. tengok jer gambar-gambar tu laju-laju)



Saya minta maaf sekiranya masih ada gambar-gambar yang telah diedit itu yang masih lagi mengganggu anda bila melihatnya. Tak upaya nak buat lagu mana dah !

Contoh terbaru hasil suntingan saya - gambar Iris dan neneknya.
 

Untuk makluman, budak kecik itu adalah Iris cucu saya.


Sekian di maklumkan. Terima kasih.

31 comments:

  1. Tahniah atas kegigihan tuan... utk menjaga aurat seorang isteri... semua gambar berbunga ehe :D

    ReplyDelete
  2. Pak Ngan memang komited. Saya kagum. Comelllnyaaaa Iris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu komited, sekarang dah kemetot .. hehe

      Delete
  3. good job pak ngah!comelnya iris..macam baby omputih

    ReplyDelete
  4. ayat "letih giler" tu agak awet muda. hehee...

    ReplyDelete
  5. Salam hormat ... :)

    Cucu Iris si comel iras neneknya... alhamdulillah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kecik hati atuk dia .. hehe.

      Delete
  6. kesian kat iris... berat kepala tuuuu

    ReplyDelete
  7. Hah! Nape Pakcik edit pic Iris tu? Nak tgk pic penuh die. Pls Pakcikkk! Pleaseeeeeeeeeeee! Lagi satu, nape Pakcik kaburkan muka MakNgah tu? Jgnlah kaburkan. Nak gak tgk pic MakNgah.

    Pleaseeeeeeeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebahagian dari permintaan awak telah pakcik tunaikan hari ini !

      Delete
  8. Cantik juga jadinya. Mak Ngah kena jadi bunga matahari dan bunga pink:)

    ReplyDelete
  9. tahniah..saya pun jenuh mengedit gambar yang "terlepas"...tak sanggup membayangkan diri kita dilihat mereka yang bukan mahram (walhal bukan ramai pun yg singgah blog saya)..tak pe, pak ngah.

    p/s comelnya iris...semanis namanya...

    ReplyDelete
  10. Iris tu takut orang luar tak? rasa nak pinjam jap jer...
    comel sangatlah! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak takut sebab di jaga oleh nursery ..

      saya nak pinjam dia pun tak dapat !

      Delete
  11. Pak Ngah, nextime kalau nak edit gambar yang dah ada lam blog ni, boleh terus buat kat google account.. sebab bila kita upload gambar kat blog automatically dia save dalam account tu. So tak payah nnt nak cari entry satu2, upload reload tu sumer, lagi senang. Just sharing :D:D
    btw, good job, saya respect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak faham .. boleh buat tuturial tak ? bila dah tetua ni, otak pun dah lembab. hehe

      Delete
    2. ala... saya mana reti buat tutorial sumer.

      https://plus.google.com

      Pak Ngah log in site tu, then cari "photos" belah kiri. Selamat mencuba.

      Delete
  12. makngah jadi bunga nampaknya ek...heheheh

    ReplyDelete
  13. ada yang sudi menegur...kadang2 kita tak perasan kan...=D

    ReplyDelete
  14. ala iris kecik lagi sian budak comel ni..tak puas tengok gambar dia bila dah diedit

    ReplyDelete
  15. Comel Iris, tapi dengan suntingan tu nampak macam anak chief apache pulak.. he he

    Bagusla tuan dah pandai buat suntingan boleh la sambung cerita terkenang tu.. makchaq suka tengok gambaq2 tuan kat luaq negera tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu makcag.. :D

      Salam ukhwah dari UmmiKami :D

      Delete
    2. mungkin atuk dia keturunan apache kot !

      lepas ni semua entri yang seumpamanya akan melalui proses suntingan ..

      Delete
  16. Iris comel dengan mahupun tanpa tudung bunga itu!

    ReplyDelete
  17. Salam,
    Bila dah tahu terus buat perubahan, sifat yg sgt positif. Syabas Pak Ngah! Biar bersusah dahulu...agar tidak susah kemudian. Selagi terlihat aurat selama itulah kita mendapat sahamnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      terima kasih kepada yang sudi menegur ..

      Delete
  18. Iris belum wajib bertudung kan? Tapi betullah, melentur buluh biar dari rebungnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. bila dah tua, nak lenturnya kena belasah dengan buluh !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya .. panggil je Pak Ngah.