Entri kali ini ringan sahaja. Cuma sekadar nak mengemaskini blog. Hari Sabtu lepas, saya hadir dua kenduri kawin. Satu di taman perumahan saya dan satu lagi di Dengkil bersebelahan Wetlands.
Gambar 1: Bergambar dengan pengantin, ibubapanya dan sahabat lama. Macam biasa Makngahnya tak dapat pergi kerana menjaga bapanya . Taman Arked, Dengkil.
Dah lama saya dengar nama Wetlands, baru kali ini sampai. Boleh tahan cantiknya dan berpoteni untuk di majukan oleh usahawan yang kreatif dan inovatif.
Gambar 2: Di perkarangan kompleks Paya Indah Wetlands, Dengkil. Cuma sempat bergambar tapi tak sempat meneroka.
Hari Ahad semalam pula saya ke Pusat Komuniti, Taman Koperasi Polis, dekat Batu Caves. Dari rumah saya ikut Lebuhraya LEKAS. Jalan menghala ke KL, lengang. Bila mendekati kawasan Cheras dan memasuki Jalan Lingkaran Tengah (MRR), jalan mula sesak. Saya lihat sebuah Ferrari pun ikut tersangkut dalam kesesakan. Walau pun harganya mungkin lebih RM 1 juta, tapi bila menempuh jalan yang sesak, dia pun tak boleh buat apa. Sama sahaja nasibnya dengan kereta yang bukan Ferrari macam kereta saya.
Saya tak bawa kad jemputan sebab entah letak kat mana. Main redah jer. Setelah bertanya 3-4 kali, akhirnya saya sampai juga ke dewan itu.
Saya suka pergi kenduri kenduri kawin yang diadakan di rumah atau di dewan yang bila sampai boleh terus makan. Tak perlu tunggu makan bersama-sama dengan orang lain macam kenduri kat hotel besar-besar.
Gambar 3: Masa pengantin bersanding, tetamu dah ramai yang balik. Itulah nasib pengantin kalau kenduri kawin makan tak serentak - Pusat Komuniti, Taman Koperasi Polis, Batu Caves.
Saya pernah buat satu entri mengenai "kemalasan" saya kalau kena pergi kenduri kawin kat hotel besar. Saya baca semula entri tersebut dan tersenyum sorang-sorang. Kenapa sekarang ini saya tak ada idea nak menulis macam itu lagi. Mungkin demam belum kebah sepenuhnya lagi kot.