Saya buat peraduan ini sedikit pun tidak bertujuan untuk menunjuk pandai (dan memang tak pandai pun, tak macam orang DBP) tetapi sebaliknya kerana minat dan kecintaan saya kepada pantun Melayu pusaka lama nenek moyang kita. Walaupun tidak mendapat sebarang faedah berbentuk material namun saya mendapat kepuasan. Lebih-lebih lagi bila melihat ramai yang berminat untuk turut serta samada yang muda atau yang sudah tidak berapa muda.
Saya percaya anda yang menyertainya juga bukan kerana tertarik dengan hadiah yang tak seberapa, tetapi lebih kepada minat serta keinginan untuk sama-sama memartabatkan pantun Melayu. Untuk itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang telah sudi turut serta memeriahkan pertandingan ini.
Pada awalnya saya menjangka tidak akan banyak penyertaan kerana saya tahu ramai yang segan dan malu-malu untuk mengambil bahagian kerana tak biasa. Itu sebabnya dalam syarat-syarat pertandingan tersebut saya ada menyatakan begini:
Kalau tiada siapa yang mengambil bahagian, hadiah akan dikembalikan ke tempat mana dia berasal.
Tetapi alhamdulillah, akhirnya ada 25 orang yang mengambil bahagian. Ia sudah melepasi jangkaan saya. Jika setiap satu entri, katalah dibaca (bukan komen) oleh 100 orang, maka lebih 2,000 telah turut membacanya. Melalui pertandingan ini juga saya mendapat beberapa sahabat maya yang baru. Semoga ukhwah berpanjangan.
Dari penilaian yang saya buat berdasarkan
panduan ini, kesemua pantun yang dikemukakan menepati ciri-ciri sebuah pantun. Dengan itu mungkin boleh saya peringkatkan semua pantun tersebut sebagai Pantun
Cermerlang, Gemilang dan
Terbilang.
Pantun
Cemerlang adalah cukup sifatnya sebagai pantun dari segi kaitan soalan dengan jawapan dan rima dihujungnya. Namun tidak begitu pada rimanya di suku kedua pada setiap baris. Jemput lihat contoh rima yang baik dalam pantun "Pulau Pandan" dalam
Panduan Ringkas Cara-Cara Mengarang Pantun seperti yang saya sebutkan di atas tadi.
Pantun
Gemilang pula sedikit lebih markahnya dari pantun Cemerlang kerana rimanya cantik secara keseluruhannya.
Manakala markah pantun
Terbilang pula sedikit lebih dari pantun Gemilang dari segi persembahannya yang menarik dan kreatif serta bilangan suku katanya yang seimbang, tidak terlebih dan tidak pula terkurang.
A. PANTUN CEMERLANG
1. Cheq Sue
2. PynGees
3. Mommy Fara
4. Kakzakie
5. Zulkbo
6. Si Kotak Hati
7. H.J
8. Cik Pulau
9. Queenie
10. Norsha
11. KTS
B. PANTUN GEMILANG.
1. Kakcik
2. Ahmad Humairi
3. Kunang-Kunang
4. Fuad Ansari
5. Asada Ryutaro
6. Nadzwareina
7. Iera Eixora
8. Zil-el-Saif
9. Sis Intan
10. Tehr
11. Aqishah
12. Tun Telani
13. Temuk
C. TERBILANG.
Nida
Dengan itu jelaslah juaranya adalah:
Nida
Letih juga otak saya memilih pemenang. Sebenarnya bagi saya, semua yang telah mengambil bahagian adalah pemenang. Namun begitu, saya tidak berupaya untuk memberi hadiah kepada semuanya.
Setelah menilai dengan teliti, saya memilih pantun dari Nida kerana selain memenuhi syarat-syarat asas sebuah pantun ia juga punya kelebihan dari segi persembahan dalam bentuk tulisan dan juga audio yang begitu kreatif sekali. Saya pun tidak terfikir ada peserta yang akan berbuat begitu. Syabas Nida. Jemput lihat penyertaan Nida
di sini dan dengarkan suara lunaknya menjawab kesemua pantun saya sampai habis.
Oleh kerana saya sangat suka dengan persembahannya, saya setuju untuk menaikan hadiah dari RM100.00 kepada RM120.00.
Harap Nida dapat memberi nombor akaun banknya kepada saya melalui e-mel saya: hamzah761@yahoo.com untuk saya sampaikan hadiah dalam sedikit masa lagi. Kalau boleh berilah akaun bank Maybank atau CIMB. Mudah sikit urusannya.
Ulasan rambang.
Saya tidak mahu mengulas satu persatu penyertaan kerana pastinya ia akan menjadi terlalu panjang. Cuma saya hendak sentuh beberapa penyertaan yang punya tarikan tertentu.
Mommy Fara: Dia juga turut memuatkan 3 rangkap pantun sebelum menjawab pantun-pantun saya sebagai 'senaman ringan' katanya.
Asada Ryutaro: Membuat satu pantun penutup yang mencuit hati.
Tehr: Memautkan jawapannya kepada entri beliau yang berkaitan.
KTS: Dia menjawab menggunakan tulisan tangan yang cantik di atas kertas dan kemudiannya memuatnaik gambar tersebut.
Sekian. Sebagai penutup terimalah pantun saya ini untuk renungan.
Buah rambutan di tiup bayu
Pasang pelita hingga ke pagi
Mari suburkan pantun Melayu
Kalau tak kita siapa lagi.
HIDUP PANTUN MELAYU !!!