Friday, December 3, 2010

KALAULAH PULAU PINANG BALIK KE KEDAH !



Utusan Malaysia 2 Disember 2010.



Secara peribadi, saya sangat sokong. 


Dan lepas ni barangkali bolehlah ...


- Negeri Sembilan menuntut semula Naning dari Melaka.

- Siam menuntut semula Kedah dan Perlis dari Malaysia.

- Malaysia menuntut semula Singapura.

- Orang Red Indian menuntut semula Amerika Syarikat.

- Orang Maori menuntut semula New Zealand.

- Laut menuntut semula kawasannya yang ditambak oleh darat.


Apa lagi yang boleh dituntut ?   Kayalah loyar !

.................................................................................................

Sub-Entri:  Peluk Cium.

Pagi tadi sebelum pergi ke ofis, seperti biasa saya memeluk dan mencium Haiqal, anak bongsu lelaki saya yang berumur 9 tahun ++ seraya berkata:

"Boleh tak ayah buat macam ini sampai Iqal besar macam Abang As"

"Bolehhh ...  tapi ayah tak dapatlah nak dukung"


Untuk makluman, umur As abang dia tu sekarang ini dah 25 tahun +

.

75 comments:

  1. larat ke uncle nak dukung haiqal sampai umur 25??? kalo nak tulang yg kuat, minum la susu anlene GOLD!

    ReplyDelete
  2. hubungan kekeluargaan yang bahagia...anak2 semua dah besor2 pakat cium aje le..mana larat nak dukong !

    pssstt...mintak tolong cuepecs tuntut bonus lagi...

    ReplyDelete
  3. kok Pulau Pinang balik ko Kodah, Siam lah yang untung bosa... Kodah dan Perlis tambahlak PP skali..

    Tapi Siam tu mano ado lae kan.. poning yo kpalo loyar tu, dulu Siam skarang dah Thailand.. bezo dah namo tu

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji..

    Johor pun boleh tuntut Tioman dr Pahang... :P

    ReplyDelete
  5. as salam tuan haji..memang NS kne tuntut semula Naning kerana Selangor akan tuntut semula Lukut hehehehe....

    ReplyDelete
  6. PAGI TADI SEMPAT CIUM ANAK PEREMPUAN SAJA SEBAB ANAK2 LELAKI SAYA MASIH BELUM BANGUN TIDOOO

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Bapa mithali.Begitulah adanya.
    Sementara masih berjalan di atas muka bumi ini, curahkanlah kasih sayang kepada yang sepatutnya tanpa berbelah bahagi.Semoga diberkati ddan dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum THJ...

    Brunei menuntut sebahagian dari negeri Sarawak...

    Saya jadi orang bruneilah tuan haji

    ReplyDelete
  9. semua nak tuntut semula?

    hahhaha..kalau laut tuntut semula yang dah kena tambak, mau tenggelam Melaka tue..

    ReplyDelete
  10. sedap ja nak menuntut kan. ingat senang2 boleh dapat :D

    ReplyDelete
  11. ala..comelnya..
    teringin jugak
    *nanges*

    ReplyDelete
  12. bagus la kalau Kedah nak tuntut balik Penang... kesian kampung ammi majority cina kat sana... sedih..

    alangakh baiknya kalau Ammi pun dapat peluk cium dari ayah ammi sekrang ni.. *sigh (T_T)

    ReplyDelete
  13. EMME

    MASA TU UMUR UNCLE SUDAH 72, KALAU MASIH HIDUP LAGI. MUNGKIN HAIQAL YANG KENA DUKUNG UNCLE. HEHE

    ReplyDelete
  14. SONATA ANAK KANCIL

    SANGAT SOKONG KALAU CEUPECS TUNTUT BONUS LAGI .. MINYAK PUN DAH NAIK.

    KALAU TAK DAPAT, JANGAN NAIK MINYAK PULAK.

    ReplyDelete
  15. IBUINTAN

    NAMPAKNYA IBUINTAN MASIH TERKESAN DENGAN ENTRI SAYA SEBELUM INI... MASIH LAGI CAKAP N9. HEHE

    BETUL JUGA, SIAM YANG UNTUNG NANTI. TAK TERFIKIR PULA SAYA SAMPAI KE SITU.

    ADA BAKAT IBUINTAN JAGI LAWYER.

    ReplyDelete
  16. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    BETUL .. BETUL, TERMASUK KEPULAUAN BINTAN KAN !

    ReplyDelete
  17. ROM

    SALAM KEMBALI.

    TAK ADA MAKNANYA KALAU GITU .. DAPAT SATU HILANG SATU.

    ReplyDelete
  18. ALIMAZ

    TAK APA. AWAK BOLEH CIUM EMAK KEPADA ANAK LELAKI AWAK TU SEBAGAI WAKIL.

    ReplyDelete
  19. ROHA.

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA DAN MEMBERI KOMEN YANG BERISI.

    ReplyDelete
  20. ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM.

    USTAZ AKAN JADI ORANG KAYALAH KALAU GITU. JANGAN TINGGALKAN DUNIA BLOG SUDAHLAH. SAYA BANYAK MENDAPAT MANFAAT DARI TULISAN DAN KOMEN UST.

    ReplyDelete
  21. Salam THJ semoga sihat dan ceria selalu...

    Dalam tahun 1982 pakcik saya pernah keluar kat paper menuntut hak Kesultanan Sulu (Sabah)... dengan beberapa bukti termasuk salasilah asal yg ditulis atas kulit kambing...namun dinafikan mentah2 oleh A*** N****** tapi keesokan harinya mereka menghantar wakil untuk meminta kebenaran memiliki barangan tersebut untuk diperagakan dipermis mereka...

    ReplyDelete
  22. kalau begitu, semua orang akan menuntut semula. adeh..

    ReplyDelete
  23. hii
    salam uncle
    yang tua menutut muda kembali..

    ada pluang cempaka kaya lepas habis study


    sub post tu nice sekali

    ReplyDelete
  24. AUJINZ

    BUKAN MELAKA JER YANG TENGGELAM .. BANYAK LAGI TEMPAT AKAN TENGGELAM TERMASUKLAH KK.

    BAGUS .. FIKIRAN YANG KEHADAPAN.

    ReplyDelete
  25. DINAS ALDI

    KADANG2 MEREKA YANG MENUNTUT TU TAHU TAK BOLEH DAPAT .. TAPI MUNGKIN ADA MAKSUD LAIN. NAK GLEMER MISALNYA.

    ReplyDelete
  26. CHEQNA

    TERINGIN NAK TUNTUT APA PULAK INI ?

    ReplyDelete
  27. AZ

    APA SALAHNYA AMMI YANG MULAKAN PELUK CIUM DENGAN AYAH.

    ReplyDelete
  28. HAMIZAH

    ALANGKAH GEMBIRANYA ORANG YANG BERHUTANG DENGAN AWAK.

    ReplyDelete
  29. RKA

    SALAM KEMBALI.

    TAK SANGKA PULAK AWAK ADA DARAH KESULTANAN SULU. BOLEHLAH REKOMENKAN SAYA DAPAT DATUK. HEHE

    A...N...... TU SAPA ?

    ReplyDelete
  30. ASADA

    TU SEBAB JANGAN DIMULAKAN MENUNTUT BENDA2 YANG JADI SEJARAH, KECUALILAH ADA SURAT PERJANJIAN YANG SAH.

    ReplyDelete
  31. CEMPAKA

    SALAM KEMBALI.

    KALAU BOLEH YANG TUA MENUNTUT MUDA KEMBALI .. MAKIN RAMAILAH YANG TAK SEDAR DIRI.

    INSYAALAH. PETUA NAK KAYA KENA ADA D.U.I.T.

    DOA, USAHA, ISTIQAMAH (DALAM BERUSAHA) DAN TAWAKKAL.

    ReplyDelete
  32. bagus haiqal. setengah budak dh tak mau dicium tau...

    :)



    .

    ReplyDelete
  33. Hari ni Jue belajar subjek Sejarah lah! hehehe...

    So sweet la Haiqal...Anak bongsu mmg pandai tunjuk kasih sayang kat mak ngan ayah kan uncle?

    ReplyDelete
  34. kalau semua dah nak tuntut huuu mati la bapak... bini nak tuntut kat suami, anak lak nak tuntut kat bapak bila kita nak tuntut kat dorang, dorang kata tu tanggungjawab kitaaaa

    ReplyDelete
  35. Jangan Indonesia mintak balik Melaka yang dibukak dek Parameswara tu pulak! (eh! Parameswara berasal dari mana, ya? )

    sub komen

    Hubungan yang erat antara ibuayah dan anak2 kadang2 hanya semasa mereka kecil... bila dah besar semuanya jadi segan silu (bercium ngan orang lain tak segan pulak.. ish!)

    ReplyDelete
  36. nanti orang Pulau Pinang nak balik mana??

    kedah?? pulau pinang??

    ;D

    ReplyDelete
  37. "Asal kapas jadi benang
    dari benang dibuat kain
    Barang lepas usahlah dikenang
    Sudah menjadi hak milik org lain"

    Kalau kat Pahang ini dahulua ada Datuk Purba Jelai yang memerintah di bahagian Ulu Pahang. Kalau anak cucu mintak balik boleh gamat juga.

    Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal maka tak cinta."

    ReplyDelete
  38. Cikgu,

    terima kasih..hari ni kita belajar sejarah..

    kalau gitu johor pun kena ambik balik kopilah !

    sgor lak nak ambik balik lukut...

    ReplyDelete
  39. oyoooo..kalau Sarawak & Sabah dituntut Brunei balik, tak merasa la saya duduk 1 Malaysia lagi..huhu..

    *Sedih dgr tuan cakap camtu..
    teringat kat Ayah saya, masa kecik2 la tempat bermanja..skrg dh kawin, kte la pulak jd tmpt bmanja..

    ReplyDelete
  40. sekarang orang dah tak main dah perjanjian-perjanjian ni...

    perjanjian royalti minyak yang terang benderang itu pun dilanggar.

    sori la bang...

    ReplyDelete
  41. alahai Iqal..tadi lagi best...

    "mak apa beza air tawar dgn air masin"

    mak cakap " air masin tu laut lah"

    Iqal cakap "ooo..maknanya air tawar tu tak masin sangat lah"

    huhuhuh..kejadian berlaku pada 2 Dis 10 jam 11.25pg

    ReplyDelete
  42. Salam..
    Hendak ke Guan Eng bagi balik??
    Banyak hasil P.Pinang ni berbanding negeri jelapang padi yang hutan pun dah gondol..

    ReplyDelete
  43. Suami saya pun suka cium anak-anaknya sebelum ke tempat kerja...:) Harap2 sampa mereka besar, macam yang uncle buat. Rasa sweet pulak

    ReplyDelete
  44. kalau GB yang cakap macam Haiqal agak-agak lebam tak bijik mata? ngeee

    ReplyDelete
  45. ade baiknye kedah tuntut PPinang memandangkan skrg ditadbir oleh org bukan Islam dan menindas org Melayu a.k.a Islam disana..tp yg kurg enaknye Siam Nam-Nam akan tersenyum utk mengikut jejak langkah Kedah. Waallahualam..

    ReplyDelete
  46. Salam...
    kalaulah berkalau....semua jadi..

    saya msh cium 2 org hero sy walaupun agak besar dari saya...siapa lagi sy nak peluk cium...ni dah tak sbr nak balik kg peluk cium mereka.

    ReplyDelete
  47. Salam Tuan Haji...

    Semoga sihat selalu lama tak berkunjung ke sini...

    ReplyDelete
  48. salam pakngah...
    tu ayat budak yang masih bawah umur.
    sok2 bila dh remaja, panggil adik pn mesti dia x mau...hehe

    ReplyDelete
  49. owh....leh x tuntut balik suar jeans yg kena kebas ngan warden dulu??


    ekekekkeke....

    ReplyDelete
  50. TASEKM

    MANUSIA TAK SAMA .. SETAKAT INI ALHAMDULILLAH. ESOK LUSA TAK TAHU LAGI.

    ReplyDelete
  51. JUE

    BETUL DAN DIA TAK MANJA .. SANGAT MUDAH MEMBESARKANNYA. TERIMA KASIH ALLAH.

    ReplyDelete
  52. CEMOMOI

    ADA JUGA BENDA YANG BOLEH KITA TUNTUT. MISALNYA KALAU CEUPACS NAK TUNTUT BONUS .. SAYA SOKONG HABIS2AN.

    ReplyDelete
  53. KAKCIK

    ENTAH .. SAYA GAGAL SEJARAH MASA AMBIL SPM DULU. HEHE

    KALAU ANAK PEREMPUAN DAH BESAR, TAK MANIS JUGA NAK DICIUM, LEBIH2 LAGI KALAU DIA DAH JADI ISTERI ORANG.

    ReplyDelete
  54. KTS

    BOLEH BALIK N9 .. DIA BANYAK NEGERI.

    ReplyDelete
  55. AAP

    ITU SEBABNYA JANGAN TUNTUT IKUT SEJARAH. KALAU IKUT SEJARAH, KACAU. KENA TUNTUT IKUT UNDANG-UNDANG.

    ReplyDelete
  56. IKANEMAS

    BILA PULAK KOPILAH TU MILIK JOHOR. BUKAN SEBALIKNYA KE ?

    ReplyDelete
  57. JEJARI HALUS

    KALAU AWAK JADI ORANG BRUNEI .. KAYA RAYALAH. INCOME TAX PUN TAK PERLU BAYAR.

    SIAPA YANG DAH KAWIN, BERMANJALAH DENGAN SUAMI.

    ReplyDelete
  58. ABU MUAZ

    MAAF AWAK DI TERIMA. MUNGKIN BAGUS JUGA KALAU SAYA BUKA SATU BLOG POLITIK LEPAS NI.

    APA PENDAPAT AWAK ?

    ReplyDelete
  59. AYONG

    CERITA AYONG MASA KECIK LAGI BANYAK .. SAJA AYAH MALAS NAK CERITA.

    ReplyDelete
  60. ZULKBO

    KALAU MAHKAMAH DAH MEMUTUSKAN BEGITU, DIA TAK ADA PILIHAN. SATU DARIPADA PRINSIP RUKUNEGARA ADALAH KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

    ReplyDelete
  61. YUS

    TAK LAMA LAGI BILA ANAK2 DAH MASUK ASRAMA ATAU DAH DUDUK BERASINGAN, TAK DAPATLAH NAK BUAT LAGI.

    ReplyDelete
  62. GADISBUNGA

    KENAPA PULAK NAK LEBAM BIJIK MATA .. AWAK BUKAN ANUAR IBRAHIM. HEHE

    ReplyDelete
  63. MEORAZOR

    KALAU BENDA TU TERJADI, KUCAR KACIRLAH RANTAU ASEAN INI. YANG UNTUNG SIAM, TAK ADA SIAPA YANG NAK TUNTUT.

    ReplyDelete
  64. IDALARA

    TERINGAT SAYA AKAN SEBUAH LAGU .. KALAU BERKALAU.

    BAGUSLAH GITU, KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA.

    ReplyDelete
  65. ATIE

    SALAM KEMBALI.

    SAYA UMUMNYA SEHAT KECUALI BATUK SESEKALI.

    T.KASIH KERANA MASIH INGATKAN BLOG INI.

    ReplyDelete
  66. ROSNANIE

    MEMANG BEGITULAH LUMRAH DUNIA .. AKAN BERUBAH MENGIKTU PEREDARAN MASA DAN USIA.

    ReplyDelete
  67. JEDI

    YA ALLAH LAMANYA PUNYA CERITA .. DAH JADI ARUAH DAH SELUAR JEANS AWAK TU.

    ReplyDelete
  68. Pada lojik nya..sangat mustahil utk kembali kepada asal...
    yg penting..ambil iktibar dari kesilapan dan betulkan buat laa ni dan masa akan datang...

    ReplyDelete
  69. entahlah apa yang penting fikirkan kebajikan rakyat

    ReplyDelete
  70. LANABULU

    SANGAT SETUJU KERANA SEORANG ISLAM YANG BAIK ITU TIDAK AKAN DIPATUK ULAR 2 KALI DARI LUBANG YANG SAMA.

    ReplyDelete
  71. SHARINGINFOZ

    MASALAHNYA SEMUANYA MENGAKU BAHAWA IA DIBUAT DEMI KEPENTINGAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  72. Anda x tau sejarah. negeri2 Utara melayu bukannya wilayah Siam. tapi negeri naungan Siam. Dua status ni berbeza. Satu2nya Negeri Melayu yg menjadi Wilayah siam ialah Pattani. Perlis adalah asalnya wilayah kedah, tapi ketika Kedah dijajah siam, Siam mengasingkan negeri perlis dari kedah dan menabalkan seorang raja. Selain tu wilayah Satun di selatan thailand juga adalah asalnya Wilayah negeri kedah. jadi cadangan ada agar negeri2 Utara tanah melayu diserahkan balik pada siam adalah tak berasas.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.