Tuesday, June 12, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 52- JUMPA SEPUPU KAT AFRIKA SELATAN.

Menurut tarikh yang tercetak di atas gambar di bawah, saya pernah pergi ke Afrika Selatan pada tahun 2001 iaitu kira-kira 11 tahun dahulu. Saya di tugaskan mengiringi lawatan sambil belajar Timbalan Menteri yang ingin meninjau cara-cara pengurusan safari dan zoo di sana. Saya sudah lupa berapa lama saya berada di sana, tapi yang pastinya lebih seminggu.

Kami bertolak dari KLIA dengan MAS pada waktu tengah malam. Sepanjang penerbangan saya tertidur kecuali masa nak naik, makan, pergi tandas dan masa nak turun. Jadi tidaklah terasa lama sangat untuk sampai. Kami mendarat di bumi Afrika Selatan pada waktu subuh di sana. Sempatlah kami sembahyang subuh di bilik VIP di lapangan terbang tersebut. Di sana pegawai kedutaan kita sudah menugggu. Kesian kat dia orang. Siapa suruh kerja kat kedutaan.



Gambar 1: Dari lapangan terbang Johanesburg kita  ke Pretoria.


Gambar 2: Saya menginap di Hotel Sheraton, Pretoria. Pretoria adalah ibu negara Afrika Selatan. Di sini tidak ada airport. Airportnya di Johanesburg.


Gambar 3: Saya tertarik dengan atap bangunan R & R ini yang menggunakan bahan dari rumput. Cantik dan unik.


Gambar 4: Dalam salah sebuah Zoo yang terletak dalam bandar. 
Tak ada masalah pun zoo dalam bandar. 
Jadi tak usahlah susah-susah nak pindahkan Zoo Negara kita ke tempat lain.


Gambar 5: Saya sebenarnya takut-takut berani nak pegang cheetah tu ..
  tapi Datin tu steady jer !

.................................................................................................................................

Selingan.

Tak berapa lama dulu saya terbaca dalam akhbar mengenai seorang pelancong hampir kehilangan nyawa dibaham cheetah. Nasib baiklah kami tidak mengalami nasib yang sama.

Detik mencemaskan pelancong dibaham cheetah.
.....................................................................................................................................



Gambar 6: Pemandangan di Afrika Selatan, boleh tahan juga cantiknya.


Gambar 7: Sempat melawat Sun City, tempat berjudi macam Genting Highlands. Tapi saya tengok jer. Ada juga jumpa orang dari Malaysia. Kami juga berjumpa pegawai dari Jabatan Pelancongan Malaysia yang bertugas di negara ini. Kerana mengetahui bahawa ada Timbalan Menteri turut sama bersama kami, mereka telah mengajak kami makan di kediaman mereka.  Nanti akan saya ceritakan dalam entri lain satu hari nanti.



Gambar 8: Katanya pernah di buat penggambaran filem Bollywood di Sun City ini. Di Johanesburg ramai orang-orang dari India dan Pakistan yang beragama Islam yang hidup kaya raya. Untuk mencari makanan halal di bandar-bandar besar tidak ada masalah. Bahkan Nandos  yang berasal dari sini dan kalu tak silap McD juga ada menyediakan makana halal direstoran2 tertentu yang ramai penduduk Islam.


Gambar 9: Sun City dari sudut yang berlainan. Pada masa ini Timbalan Menteri tak ikut kerana dia pergi beriadah.


Gambar 10. Tak sangka jumpa sepupu saya yang bekerja kat sini. (Harap jangan ada yang percaya pulak)

Dari Seremban ke Afrika Selatan,
Angin bertiup di celah bukit;
Jauh perjalanan banyak pengalaman,
Lama hidup banyak penyakit.



27 comments:

  1. oh tu sepupu pakngah ke?? hahahaha..ngape lain aje ropenyer ngan pakngah..


    eii nasib baik la pakngah tak bergambo ngan cheetah tu,mau diterkamnyer pakngah,tak dapek le saye ngomen entry blog pakngah hari ni....

    hehehehe

    *ayat yang sapa suruh jadi kedutaan tu nak mengekek tergolak eden ha..hehehe

    *maaf ye,komen saya berbaur cakap perak + nogori..kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepupu pakngah tu lahir bulan gelap .. hehe

      lepas ni cer awak cakap nogori 100% !

      Delete
    2. hahaha.. boleh yo den nak ngomen bahaso nogori..eden torai yooo..hihihihi

      Delete
  2. Replies
    1. taklah tipu sangat sebab kita semua keturunan Adam dan Hawa kan !

      Delete
  3. tipah pun tertipu jugak :)

    tapi kesian ye tgk pelancong tu kena baham dek cheetah...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya di beritahu rahsia agar tidak diserang .. jangan sekali2 duduk atau mencangkung lebih rendah dari cheetah itu.

      Delete
  4. Alamak! Terpedaya saya dibuatnya.

    Pakcik, sape nak pindahkan Zoo Negara ke tmpt lain tu? Heeee! Tak yah pindah tp naiktaraf je sbb sy rs mcm g zoo zaman Masam-Masam Manis lak.

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pihak yang mahukan tapak zoo negara sekarang untuk dibangunakn projek perumahan kerana katanya tapak tersebut sudah tidak sesuai lagi untuk zoo. mereka menawarkan tanah mereka yang jauh dari KL sebagai gantinya. kerajaan tak setuju. lagipun tapak zoo negara sekarang bukan milik kerajaan tapi milik persatuan.

      Delete
    2. Klu mcm ni Pakcik, sy tibe2 sedih. Zoo Negara tu mcm2 kenangan n sejarah.

      =(

      Delete
    3. tak usah bersedih .. proposal itu tidak lulus. akan datang tak tahulah pulak.

      Delete
  5. Salam Uncle...

    Itam lg rambut Uncle time ni kan..hehe
    Bestnye p Aprika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      mungkinkah ia akan hitam kembali ?

      tak best sangatlah .. best lagi pergi Tasik Kenyir.

      Delete
  6. Untung kerja macam pakngah..boleh travel merata...:) Nasib baik la ada entry2 macam ni..dapat jugak kami semua 'sampai' ke Johannesburg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kisah dulu .. sekarang kalau nak travel kena guna duit sendiri.

      Delete
  7. PASAL CHEETAH TU, NAMPAK BAHAYA.. KITA TIDAK PASTI JIWA CHEETAH.. BILA-BILA MASA KALAU DIA MAHU MENGGANAS, IA BOLEH MENGGANAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moral ceritanya .. jangan berkawan rapat dengan cheetah !

      Delete
  8. Salam Uncle...Best kerja macam ni, travel merata ke dunia tapi pantun tu yang tak tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      memang best tapi meletihkan.

      kenapa tak balas pantun tu ?

      Delete
  9. hansem sepupu ...... Tak ajak baik kg sekali keee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah dia duduk sana .. boleh juga pergi jalan2 tengok dia nanti. hehe

      Delete
  10. walau saya ni nampak macam perkasa, tapi rasanya saya tak berani kot nak belai2 cheetah tu. sedangkan kucing pun saya takut.

    ReplyDelete
  11. saya g blaja kat sana 2002-2003, darul ulum spring...cuma nak abiskan quran je..rindu nak g lagi...hu2..

    ReplyDelete
  12. saya tak tahu kat area mana institusi itu .. ramai ke pelajar dari Malaysia kat sana ?

    ReplyDelete
  13. jameah mahmoodiyah (darul ulum spring) kt spring town...ada lagi kt lenasia, darul ulum zakaria...pelajar malaysia masa tu bley tahan gak ramai..sekarang tak tau la...=)ramai yg sambung sana bila visa plaja blaja kt pakistan kena tarik balik......

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas maklumat yg diberikan. apakah agaknya bahasa pengantar yang digunakan pada masa itu ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.