Wednesday, November 30, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 12 : SEMUO EDEN PUNYO !

Tuesday, November 29, 2011

CUBA CARI KELAINAN..

Dulu  saya ada buat sebuah entri mikro bertajuk "Cuba Cari Persamaan" di sini. Kali ini saya buat entri Cuba Cari Kelainan pulak.


Gambar 1.


Gambar 2.


Siapa pandai cari kelainan dalam  Gambar 1 dan Gambar 2 di atas ?


KALI PERTAMA MEMANG SUSAH.

Hari Isnin minggu sudah,  untuk kedua kalinya saya ke kompleks sukan Paroi  membawa anak bongsu saya Iqal bermain skateboard.  Inilah seronoknya jadi orang pencen yang masih ada anak kecil. Dapat melihat dia bergembira dan membesar di depan mata kita. Kalau ada tawaran suruh saya bekerja semula dengan gaji RM11 ribu sebulan pun akan saya tolak. Sungguh. Jadi tak payahlah nak susah-susah buat tawaran.

Kawan baik Iqal juga ikut sama.  Ayahnya tak ikut. Mari kita tengok gelagat mereka berdua. Setelah letih bermain di tempat yang rendah dia dan kawannya memanjat dinding yang lebih tinggi pula. Saya ingatkan dia nak turun guna skateboard. Seriau juga saya. Rupanya dia hanya nak main gelongsor. Agaknya dia belum berani lagi menggunakan skateboard untuk turun dari aras setinggi itu.


Gambar 1: "Kita menggelonsor sama-sama nak ..."  Iqal mengajak dan memujuk kawannya untuk menggelongsor turun bersama.


Gambar 2:    Kerana kawannya masih takut untuk ikut,  Iqal pun dalam takut-takut berani menggelonsor seorang diri. Dalam hati saya berkata, "habislah  montot seluar anak aku" . Sebelum itu saya perhatikan, 4-5 kali juga disorong tarik kakinya, sebelum mengambil keputusan untuk menggelongsor. Saya sebagai pakar motivasi bapa juga  memberikan kata-kata semangat kepada dia supaya jangan takut mencuba. Agaknya dia pun fikir, kalau terjadi apa-apa kepada dia, takkanlah ayah dia nak biarkan sahaja.





Begitulah dengan hidup ini. Kita mesti berani mencuba walaupun kita tak pernah buat lagi sebelum itu. Kalau kita tak cuba buat kali pertama, pasti kita tidak akan berani membuatnya sampai bila-bila. Misalnya memberi ucapan, menyanyi, bawa kereta dalam KL dsb. Begitu juga dengan mencuri. Sebab itulah jangan dicuba.

Saya rasa kalau saya tidak ada  pada masa itu, harus Iqal juga tidak berani untuk menggelongsor macam kawannya. Begitulah besarnya pengaruh Ayah. Pada hal ayah dia bukan membantu apa-apa pun. Cakap jer lebih, kalau suruh dia menggelongsor, mati hidup balik pun dia tak berani buat.

.

Monday, November 28, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 38: MUSIM LURUH 2.

Ini adalah sambungan dari entri ini dahulu. Sekarang di hemisfera utara masih lagi dalam musim luruh. Sementara masih berada dalam musim tersebut, saya ambil kesempatan untuk memuatnaik gambar-gambar lama saya di USA (1982-1984) di musim luruh untuk tatapan anda semua di hari cuti ini.


Gambar 13: Musim luruh sudah di penghujung. Udara sudah makin sejuk.


Gambar 14: Gambar ini rosak sikit. Tapi masih boleh kenal lagi tuan punya blog.


Gambar 15: Berlatarkan belukar entah di kawasan mana.



Gambar 16: Saya suka hujung-hujung musim luruh. Banyak sale. Salah satu kedai kegemaran saya ialah Woodward & Lothrop di Tyson Corner.


Gambar 17: Bersiap sedia untuk pergi skodeng .. Kereta dibelakang tu saya bawa balik ke Malaysia. Pakai lima tahun, lepas tu jual kat sepupu. Dia pun dah jual kat orang lain pulak.


Gambar 18: Kat sini banyak taman-taman awam yang luas-luas dan terjaga rapi dan bersih. Alangkah bagusnya kalau di tempat kita pun begitu juga.


Gambar 19: Di belakang rumah sewa kami pun boleh tahan juga luas tamannya. Jenuh memotong rumput di musim bunga/panas dan jenuh menyapu daun di musim luruh.


Gambar 20 : Menyapu dengan penuh ayu (gambar kitar semula)


Gambar 21: Kalau di Malaysia harus saya bakar sahaja dedaun itu. 
(Juga gambar kita semula)


Gambar 22:  Insan yang tidak berumah berkeliaran di depan "White House".
Ada siapa berani buat di depan Sri Perdana ?


Kat Malaysia lagi banyak musim kan ! Ada musim durian. Ada musim tengkujuh. Ada musim menuai. Ada musim orang kawin ... Musim apa lagi ek ?

............................................................................................................................

Sub-Entry: Busuk.

Sejak dua tiga hari lalu, saya perasan  pelawat datang berbondong-bondong ke blog saya dari Busuk Org.  Saya pun susul untuk mengetahui kenapa. Rupanya entri saya "Mengapa Saya Tengok Bola Walaupun Tak Minat Bola"  telah tersenarai sebagai salah sebuah Artikel Pilihan Busuk.


Terima kasih Busuk !

.

Sunday, November 27, 2011

MARI KITA HUKUM PEMBAZIR !


HUKUM PEMBAZIR.

Saya sokong sepenuhnya arahan TPM itu kerana si pembazir tanpa mengira pangkat dan keturunan memang patut menerima hukuman. 



Pemansuah PPSMI Secara Berperingkat.


Apa kata kalau kita mulakan dengan menghukum siapa yang bertanggungjawab dan terlibat dalam melaksanakan PPSMI ini dahulu.   Tentulah agaknya banyak juga masa, tenaga dan wang rakyat  yang telah dibazirkan dalam usaha melaksanakan PPSMI ini dahulu.

Boleh TPM ?

~ Selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga tahun yang mendatang lebih baik dari tahun yang telah kita tinggalkan ~


Saturday, November 26, 2011

MENGAPA SAYA TENGOK BOLA WALAUPUN TAK MINAT BOLA.



Gambar hiasan hasil carian Google.

Pertama kali saya menonton perlawanan bola sepak di tv sampai habis ialah semasa Malaysia lawan Indonesia di final sukan SEA hari tu. Dan itulah juga pertama kali saya tengok bola beramai-ramai di sebuah kedai mamak. Kenapa kali ini, saya yang tak berapa minat bola ini sanggup menontonnya  sampai habis ?

Saya tengok sampai habis sebab nak tengok Indonesia dikalahkan. Kenapa nak sangat tengok Indonesia kalah ? Sebab sebelum ini telah banyak kali mereka menyakitkan hati saya. Semua orang tahu apa isunya. Tak perlulah saya ulang. Nanti luka lama berdarah kembali.

Yang terbaru ialah bila mereka mengeboo lagu Negara Ku kita. Lagu itu sebagai lambang maruah kita. Bila lagu itu diboo, terasa seolah-olah kepala saya kena pijak. Oleh kerana itulah saya cukup bersemangat hendak melihat Indonesia dikalahkan kerana jika kita dapat mengalahkan mereka, akan terubatlah segala sakit hati saya selama ini.

Untuk itu saya harus berterima kasih kepada penonton Indonesia kerana memperlekeh dan mengeboo lagu Negara Ku. Saya percaya tindakan mereka itu telah menjadi pembakar semangat kepada semua pemain kita untuk menuntut bela di atas kebiadapan itu. Hanya dengan kekalahan, mereka dapat diajar supaya tidak sombong serta memandang rendah kepada orang lain. Bila mereka kalah, bolehlah kita kata 'padan muka' kepada mereka. Dalam konteks ini, bola bolehlah dianggap sebagai proksi kepada kehebatan sesebuah negara. Sekiranya kalah, maknanya negara itu tidaklah hebat mana. 

Kalaulah sebelum itu, mereka melayan kita dengan baik seperti berpimpin tangan dan berpeluk-pelukan semasa masuk ke padang misalnya, saya secara peribadi tidaklah teruja sangat hendak melihat mereka dikalahkan. Contohnya semasa Malaysia menentang Syria,  kalau menang pun hari tu tidaklah saya seronok sangat seperti seronoknya saya bila melihat Indonesia kalah.

Sekarang saya kira mereka sedang sengsara menanggung malu. Jauh di sudut kecil hati kita, itulah yang sebenarnya yang kita inginkan. Itulah caranya mengajar mereka yang bongkak dan biadap.

Tapi rakan-rakan saya di Indonesia yang lain yang majoritinya bersifat gentleman,  jangan berkecil hati. Mereka juga mungkin tidak setuju dengan tindakan kurang matang rakan-rakan senegara mereka itu. Saya tujukan entri ini kepada mereka yang berkaitan sahaja. Siapa makan jeruk, dialah yang rasa masam.

Lagipun saya sentiasa ingat pesan orang tua-tua ..

Benci jangan merata,
Sayang jangan bertompok.

Itulah perasaan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak berapa meminati bola tetapi gembira teramat sangat bila kita berjaya mengalahkan Indonesia.  Adakah anda juga berkongsi perasaan yang sama ?


Friday, November 25, 2011

SATU LAGI NAK CUKUP SERIBU ..


TERKINI: SAYA SENGAJA TUKAR TAJUK DAN POS SEMULA. SAYA SUKA BEREKSPERIMEN. 
NAK TENGOK APA JADI. TAJUK ASAL - "REZEKI SECUPAK TAKKAN JADI SEGANTANG".


Hasilnya tajuk baru mengatasi tajuk asal .. kenapa ya ?

...........................................................................................................................

Orang tua-tua dulu selalu cakap, kalau rezeki secupak takkan jadi segantang. Betul sangat kata-kata itu. Saya baru mengalaminya dalam 4 peristiwa seperti yang akan saya ceritakan di bawah.

Rezeki 1. Bilangan Pelawat.



Bilangan pelawat ke blog saya kelmarin adalah seramai 999 orang.  Sorang je lagi nak cukup seribu.Dan sehingga jam 9 malam tadi, seramai 666 telah berkunjung. Entah macam mana saya tergerak hati nak periksa statistik pada masa tersebut. Bila tengok nombor cantik, terus printscreen.

 ..................................................................................

Rezeki 2. Buah Rambutan.




Gambar rambutan dimakan gagak. Itupun Azmnor beritahu. Kalau tidak saya tak tahu siapa yang kebas makan. Tak mengapa. Saya halalkan. Lagi pun dia makan sikit jer. Banyak lagi yang tinggal.
 
................................................................................


Rezeki 3. Ikan Siakap.


Hari Selasa lalu, saya pergi lagi memancing kat Lukut tempat saya dapat ikan Jenahak hari tu. Pada jam pertama saya dah dapat 3 ekor. Saya fikir bila habis 3 jam nanti, dapatlah tambah 2-3 ekor lagi. Rupanya sampai ke sudah setakat 3 ekor itu sahajalah. 

Di bawah adalah gambar video ikan-ikan tersebut yang sempat saya rakam melalui kamera henfon saya.


Kepada yang ada masalah nak menonton video tersebut, saya muatnaik gambar pegunnya seperti di bawah. 




Sila fokuskan perhatian anda kepada ikan-ikan tersebut.
..........................................................................................................................

Rezeki 4. Pengawal keselamatan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj87jSUVYVR0dZbnktZrWbUjJNy8NYH6rWlp6QqZf6o-oE_9AgIK5q3rIlnjHTa1w_ddRNsrx7Aimz2uBg-1cvdm8tUmUVjbIR2C2ocfz1t4B6dKM5AQGa9PAMUz98Ph5dCvBwk3J3J6QQ/s1600/rumah+bibi2.jpg


Dulu saya pernah cerita di sini, jiran depan rumah saya ada pengawal. Dapat jugalah tumpang rasa selamat sekejap. Sekarang dia dah pindah ke rumah yang lebih besar tak jauh dari rumah saya di jalan yang sama. 

Kesimpulannya.  Kalau dah rezeki kita sebanyak atau setakat itu, terimalah sahaja dengan penuh rasa syukur.




.

UPDATE KEPADA ENTRI AWAK KERJA APA ?

Pagi tadi saya buat entri bertajuk "Awak Kerja Apa?". Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen. Semua jawapan adalah betul iaitu drebar nombor 2 itu Melayu, kecuali Fairus.  Fairus kata ..

Blogger fairus said...
 
KETIGA-TIGA ORANG MELAYU BOLEH CAKAP MACAM TU.. BIASALAH TENGOKLAH CERITA KL GENGSTER.. ORANG MELAYU BOLEH CAKAP MACAM INDIA MAA.. CAKAP MACAM ITU CINA PUN BOLEH JUGAK MAA...
November 24, 2011 3:13 PM

Di samping itu saya tertarik dengan jawapan dari Fara, Aujinz dan Akuzle Ayu kerana ia  mengandungi sedikit perisa saikologi berlandaskan kefahaman terhadap sosio-budaya Melayu.
Delete
Blogger Fara said...
 
..hiks~ No.2 tu le Melayu sebab org Melayu nie klu keje kuli mmg die tak moh cite. Cuba klu keje pangkat besar! Klu ada blog, dlm blog pun nak cite keje die dr pagi smpi balik ptg t. Hahahahah! Pakcik, jawapan sy merepek sket.
November 24, 2011 9:41 AM
Blogger Aujinz said...
 
Yang kedua tue Melayu sebab orang Melayu sama ada merendah diri atau malu nak mengaku dengan kerja yang tak tinggi taraf yang dia buat.
November 24, 2011 10:59 AM
Blogger akuzle ayu said...
 
anakanda coba yer, pak ngah.. no 2. psl org melayu biasanyer pyh nk berbangga ngn apa jua kje yg depa buat. kalo kje standard2 br nk war2 kots....errrr...uhhuuhuhu
November 24, 2011 12:19 PM

Thursday, November 24, 2011

AWAK KERJA APA ?


Convertible


Berikut adalah jawapan dari 3 orang pemandu bila ditanya pekerjaan mereka.

Pemandu 1:    Saya kerja drebar jugak maa ..!

Pemandu 2:    Alaa .. kerja biasa-biasa jer .. !

Pemandu 3:    Saya lawyer jugak punya drebar ..!


Cuba teka yang mana satukah drebar Melayu ?  Kenapa ?

................................................................................................

Sub-Entry: Dari FB Saya.




.

Wednesday, November 23, 2011

SIAPA YANG TAK PERNAH SALAH FAHAM ?

Kadang-kadang saya membuat entri kerana ingin menyatakan sesuatu yang terbuku di hati. Namun ia tidak boleh dinyatakan secara terus terang kerana saya tidak mahu menimbulkan kemarahan orang. Lalu saya tulis secara sindiran atau melalui metafora samada dalam bentuk esei atau sajak.

Masalahnya sudah dua kali entri saya menimbulkan salah faham kepada ramai pembaca. Saya sedikit pun tidak menyalahkan anda, tetapi sebaliknya diri saya sendiri kerana gagal dalam ilmu penulisan. Saya pun banyak kali tesilap faham. Itu perkara biasa akibat perbezaan umur, minat, latarbelakang kehidupan dan sebagainya.

Dua entri yang saya maksudkan itu adalah seperti pautan di bawah ini.


2. Kalau Dah Dasar Kerengga.

Namun begitu ada juga yang dapat memahami sindiran saya. Contohnya Sdr Azmnor melalui komennya dalam entri saya semalam, seperti di bawah:


Sebenarnya  kedua-dua entri yang saya maksudkan di atas saling berkaitan antara satu sama lain. Kalau anda ada masa, saya mohon sudi apalah kiranya baca sekali lagi kedua-dua entri tersebut dari sudut pandangan yang berbeza pulak. 

Terima kasih.

.

Tuesday, November 22, 2011

KALAU DAH DASAR KERENGGA.


Pokok mangga seperti gambar di atas itu saya yang tanam. Kali ini dia berbuah lebih banyak dari dua musim sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.

Semalam saya dengan Makngahnya membuat operasi membalut buahnya. Banyak pulak kerengga menumpang tinggal. Dari mana, bila dan siapa yang mengajak dia datang, saya pun tak tahu.  Bila saya sentuh sahaja buah mangga tersebut, berduyun-duyun  kerengga itu datang menyerang dan menggigit tangan dan jari jemari saya tanpa belas kasihan. 

Gigitannya tidaklah sesakit mana kepada anggota fizikal. Yang lebih sakit adalah hati saya. Apa hak dia hendak menggigit tangan saya. Macamlah pokok itu dia yang tanam. Sedarlah diri sikit, awak tu menumpang. Tak tahu diuntung betul !

Sebagai makluman, pokok mangga itu bersebelahan dengan pokok rambutan seperti gambar sebenar di bawah. Buah rambutan tak perlu di balut. Saya tak pernah tengok lagi orang membalut buah rambutan. Dan saya tak naklah pulak buat benda yang orang lain tak pernah buat.


Saya pernah buat entri mengenai pokok mangga dan rambutan itu suatu masa dulu di sini.


p.s: 

Ada sesiapa yang kena penendang semasa tidur malam tadi  ? Ong Kim Swee .. awak memang bawa ong !
 
 

Monday, November 21, 2011

ADA SESIAPA YANG BERANI MENGAKU TAK PERNAH LUPA ?

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKnHx4D33y3NfuusBnZ1y0dRHllmrK-w-SA6dabdVCRAqqIf0VbvOnQM_fS8LSO_xUrMTvQxFxzBoFlNA5zLtPGddpHwwnwLM_-A1fo25lWlddCKoK3_M2vnjFVxUnAmbI7kLmIdDvXA/s400/forgetful_fish.jpg

Sejak akhir-akhir ini saya  mudah sangat lupa. Kalau pergi kedai untuk beli lebih dari 3 barang, pasti ada barang yang saya  terlupa nak beli. 

Malam kelmarin kat surau, saya lupa muka surat berapa berhenti mengaji al-Quran. Maklumlah dah lebih dua bulan bercuti mengaji sempena bulan puasa dah hari raya dulu.  Yang lucunya, kadang-kadang Ustaz pulak yang beritahu saya kat muka surat mana saya berhenti dulu. Manja betul !

Untuk mengelakkan lupa, Ustaz suruh saya masukkan dalam henfon muka surat berapa berhenti macam orang lain buat  .. tapi masalahnya kadang-kadang saya terlupa nak bawa henfon ke surau.

Saya pernah buat dua entri tentang lupa ini dahulu. Satu kat sini dan satu lagi saya dah lupa kat mana ... Kalau tak silap kat sini. Cuba klik tengok betul tak.

Entri ini patutnya saya poskan 2 bulan yang lalu, tetapi saya terlupa nak berbuat begitu.  Baru ini hari teringat.

Di bawah saya tunjukkan suasana orang yang lambat akil baligh mengaji. Gambar ini saya ambil secara curi-curi tanpa pengetahuan Ustaz dan juga kawan-kawan sepengajian.


 Gambar 1: Gambar Ustaz yang saya ambil dari tempat saya mengaji. Sekarang saya  mengaji baru sampai kat muka surat tu.


Gambar 2: Sebahagian dari rakan-rakan mengaji saya di sebelah kiri saya.


Gambar 3: Akhirnya saya kantoi .. rakan sebelah saya yang menjadi Imam 1 sudah  perasan, Lepas tu saya terus berhenti  dari mengambil gambar dan terus simpan henfon (ini yang menyebabkan saya malas bawa telefon ni)