Monday, June 25, 2012

AADK.



Saya rasa ramai yang tidak tahu  apa itu AADK. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Bagaimanapun saya mungkin silap dan saya harap saya silap.

AADK maknanya Agensi AntiDadah Kebangsaan. Ia adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Peranan dan fungsinya seperti tergambar pada namanya adalah untuk mencegah dan membanteras penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Siapa tahu tarikh sambutan Hari Antidadah Antarabangsa ?

Tarikhnya ialah 24 Jun setiap tahun.  Saya juga rasa ramai yang tidak tahu atau tidak sedar mengenainya kecuali mereka yang bekerja di AADK atau NGO-NGO yang berkaitan. Kenapa jadi begitu ?

Bolehkah dadah dihapuskan ?

Boleh, kalau kita mahu, dengan syarat tidak ada 'gunting dalam lipatan', musuh dalam selimut atau musang berbulu ayam" seperti yang dibayangkan dalam keratan akhbar di bawah.

Ancaman pengganas komunis yang lebih besar dan terancang, mempunyai logistik yang lengkap serta mendapat sokongan sebuah negara kuasa besar pun boleh kita kalahkan, takkanlah dadah tak boleh.

Laporan dari Sydney seperti di bawah pastinya menarik perhatian AADK.



4 comments:

  1. Kerja yg duit masuk banyak ramai yg suka... Tak kisah la kalau orang lain rosak ke hapa, yg penting pakcik kayo...

    Dulu2 satiap jabatan kena hantar wakil utk mesyurat bulanan AADK, makchaq masa kat state jadi wakil masyuarat ni sebab boss kata mesyuarat ni sapa2 pun boleh wakil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. " sapa2 pun boleh wakil .."

      sapa2 pun tak ada komen kecuali makchaq .. hehe

      Delete
  2. hari antidadah antarabangsa pada 26 Jun setiap tahun... =) tanggungjawab menangani masalah dadah ni tanggungjawab kita bersama...bukan PDRM, AADK, Kastam sahaja....setiap individu ada peranannya...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.