Cetakan skrin dari Fesbuk saya sebentar tadi.
Entri ini saya tulis berinspirasikan komen seperti di atas di fesbuk saya pagi tadi sebagai respon kepada tindakan saya membunyikan hon kepada orang yang membuang sampah ke atas pembahagi jalan.
Berdasarkan pengalaman saya bekerja di USA dulu (sekarang tak tahulah), setiap kali kenderaan kita berpindah milik, maka kenderaan kita akan diberikan nombor pendaftaran (nambor plet) yang baru.
Inilah kereta terpakai yang merupakan kereta pertama saya semasa mula-mula bekerja di USA - 1981 -84. (Gambar kitar semula)
Budak yang menyeringai atas bonet kereta saya itu adalah anak sulung saya.
Contoh-contoh nombor plet kenderaan di USA.
Saya rasa sudah sampai masanya ia dilaksanakan di Malaysia atas sebab-sebab keselamatan. Saya terangkan. Katalah saya jual kereta saya dengan nombor pletnya sekali kepada sebuah kedai penjual kereta terpakai. Katalah juga orang yang saya bunyikan hon tadi adalah seorang penjenayah. Dia mencatat nombor plet kereta saya dan berhasrat membalas dendam kepada saya. Oleh kerana kereta tersebut telah bertukar tangan dan dibeli oleh orang lain, tak fasal-pasal dia pulak kena tembak oleh penembak upahan.