Friday, May 31, 2013

PANCING KITA MUNGKIN SERUPA TAPI IKAN YANG DAPAT BELUM TENTU SERUPA.



Kelihatan istana Melawati berbalam-balam di belakang saya.

Sesungguhnya rezeki ditentukan oleh Allah. Dia boleh memberi pada bila-bila masa dengan cara yang tidak disangka-sangka dan sebaliknya. Contohnya, katalah kita teringin nak makan ikan Siakap tiga rasa, maka kita pun pergi memancing kat kolam berbayar berdekatan rumah dengan kawan kita yang duduk berjiran.

Kita boleh bersamaan dalam semua segi baik dari segi persiapan mahupun dari segi tempat tetapi dapat ikan atau tidak bergantung sepenuhnya kepada rezeki yang ditentukanNya.

Kita boleh pakai joran yang serupa, tali yang serupa, saiz mata yang serupa, umpan yang serupa dan memancing pulak sebelah menyebelah di kolam yang sama, tapi hasilnya tak sama. Kawan kita mungkin dapat ikan dan kita tidak. Kawan kita mungkin dapat ikan besar dan kita dapat ikan kecil. Kawan kita mungkin  dapat 7-8 ekor dan kita hanya dapat hanya seekor.

Kadang-kadang kita sudah dapat ikan dan bila ikan itu ditarik menghampiri tebing tetiba ia meronta dan terlucut. Boleh jadi juga tali pancing terputus dan ikan jatuh semula ke dalam kolam atau sungai.

Kadang-kadang bila sudah siap dimasak dengan rencah yang  kita sukai, tetiba datang demam dan hilang selera makan. Maka tak dapat juga nak makan.

Ada juga orang yang tak pergi memancing pun, tapi jirannya yang pergi memancing dapat banyak ikan telah memberinya ikan sekor dua.

Pernah juga saya tak pergi memancing, kawan beri lauk ikan yang sudah siap bermasak. Tak percaya baca sini.


Saya pernah memancing di Tasik Putrajaya di kawasan yang bertanda hitam yang merupakan kawasan yang dibenarkan memancing dengan dikenakan sedikit bayaran. 



Wednesday, May 29, 2013

WW # 73 : MASA KECIK CANTIK. BILA DAH BESAR MENGANCAM.

 
  

 
 





Tuesday, May 28, 2013

AKU KELIRU 30: CUKUP BANYAK KELIRUNYA.

1. Kita yang banyak sungai dan tasik tapi kita yang tak ada air atau sering terputus air tapi negara yang mengimport air dari kita tak pulak mengalami masalah yang sama.

2. Rakyat sendiri yang tidak yakin, memandang rendah dan tidak hormat dengan bahasa sendiri. Tetapi orang luar pula yang kagum dengan bahasa kita.


3. Mereka  tidak hairan dengan negara kita, tapi mengapa pulak orang luar sangat tertarik dengan negara kita ?  



4. Mereka yang kata kita rasuah, tapi bukankah mereka yang sudah lama terkenal kuat memberi rasuah ?

5. Mereka yang kata mereka didiskriminasi, tapi macamana mereka boleh kaya raya ?

6. Mereka yang kata kita menipu, tapi siapakah yang selama ini terkenal kuat menipu ?

7. Mereka yang tidak puas hati, tapi bukankah mereka yang dapat lebih banyak ?




Sunday, May 26, 2013

SIAPA NAMA IKAN NI ?



 Siapa nama ikan ini ?



Kalau kita nak tahu nama seseorang, pertanyaan yang mana betul ?

"Apa nama awak"  atau "Siapa nama awak?"

Dalam Bahasa Inggerisnya  - What is your name ?

What = Apa. Who = Siapa.

Jadi saya rasa "apa nama awak"  lagi betul !

Dala bahasa Arab pun serupa. Kita tanya "Ma ismuka ?"  iaitu apa nama awak ?  

Ma = apa.  Man = siapa.

Pendeknya kalau kita ingin tahu nama seseorang, makhluk atau sesuatu benda, kita gunakan 'apa'. Kalau kita nak tahu orang atau makhluk yang telah membuat sesuatu, kita gunakan 'siapa'.

Misalnya kalau kita nak tahu orang yang memecahka cermin kereta kita, baru betul kita tanya "siapa punya kerja ni ?"

Jadi kenapa bila kita nak tahu nama orang, kita cakap  ..

Siapa nama awak ?

Tapi kenapa kalau kita tak tahu nama satu-satu ikan, kita akan tanya "apa nama ikan ni?"

Ada ke orang tanya "siapa nama ikan ni?"

Tapi bahasa Bahasa Inggeris lagi pelik. Kalau kita nak kata kita tak ada duit kita kata "I have no money". Kata 'have' tapi 'no' pulak. Mana satu ni ? Ada duit ke tak ada duit ?

Sekian sahaja repekan saya sambil menunggu masa nak gerak pergi kenduri kahwin rumah anak buah di Taman Paroi Jaya.



Friday, May 24, 2013

APA YANG INGIN KITA KATAKAN ?


Lebih dahsyat dari bom Hiroshima - The Star 23/5/2013


Mengikut pakar, kekuatan puting beliung yang melanda Oklahoma, USA adalah 600 kali lebih kuat dari ledakan bom atom.

Apa yang ingin kita katakan ? Pada muka ! Itulah balasan Allah terhadap kesalahan yang datuk dan bapa mereka telah lakukan terhadap penduduk Hiroshima semasa perang dunia ke - 2 dahulu.

Atau mengambil iktibar darinya di mana sebarang dosa dan kesalahan yang kita lakukan tetap akan menerima balasan, kalau tidak kepada kita, mungkin kepada anak cucu kita atau pun di akhirat kelak.

Dalam pada itu,  bencana seumpama itu atau dalam bentuk lain, tidak mustahil boleh berlaku kepada kita.   Dengan itu marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT yang telah melindungi kita dari bencana gunung berapi, gempa bumi, puting beliung, kemarau panjang dan seumpamanya.

Selanjutnya mari kita perhatikan dan insafi beberapa keping gambar dan video kesan dari tornado tersebut.

 

 


..

Thursday, May 23, 2013

KENAPA CINTA MUKA BUKU ?




Facebook adalah nama khas bukan nama am. Contoh nama khas adalah nama negara, nama orang,   nama pasaraya, buah-buahan tempatan dan sebagainya termasuklah nama produk tertentu. Dan nama khas tidak boleh diterjemahkan atau dialih bahasa kepada bahasa lain.
.
Contoh: New York, George Bush, Giant.

Tak bolehlah kita terjemahkan New York kepada York Baru atau George Bush kepada George Belukar atau pasaraya Giant kepada pasaraya Gergasi.

Katalah kita nak ajak seseorang untuk pergi beli sesuatu barang kat Giant, bolehkah kita kata ..

"jom kita pergi gergasi!"

Kesimpulannya saya tidak setuju kalau nama Facebook diterjemah kepada  Muka Buku sebab Facebook adalah nama khas. Kalau nak panggil Fesbuk tak apa. Macam buah apple kita panggil epal atau bicycle kita panggil basikal.



Wednesday, May 22, 2013

WW 72: BELUM READY NOMBOR 8.





Tuesday, May 21, 2013

APA KATA KALAU SEMUA SEKOLAH SATU ALIRAN SAHAJA.


  English-medium seen as right move: The Star - 20 Mei 2013.

Bila saja ada pihak yang mencadangkan supaya Bahasa Inggeris diperkasakan,  maka akan bergemalah sokongan dari pelbagai arah.

Mengembalikan sekolah aliran Inggeris merupakan satu pilihan yang bijak, kata banyak kumpulan.

"Kalau kita mahu anak-anak kita menjadi warganegara global, tidak ada pilihan lain" sambut Wlliam Ghani Bina selaku Presiden Kesatuan Guru-Guru Sarawak ke atas saranan Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Eksekutif The Star dalam kolumnya - "On the Beat" agar kerajaan membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran seperti suatu masa dulu.

Disahut pula oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim, pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE) dengan mendakwa bahasa Ingeris adalah bahasa ilmu pengetahuan.

"Disebabkan pelajar-pelajar kita tidak diajar dalam bahasa Inggeris, apa yang kita lihat adalah kehilangan peluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan" katanya.

Kemudian lahirlah komen yang sambut menyambut dalam Twitter. Salah seorang darinya menulis ..

"Betul, ianya satu-satunya bahasa yang boleh menyatukan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tanpa dilihat sebagai rasis"

Sebelum pilihanraya dulu heboh sana sini gerakan untuk memperkasakan Bahasa Melayu dengan pelbagai program yang meyakinkan. Selepas piilihanraya lain cerita. Kita sudah menang !

Apa kata kalau saya mencadangkan supaya hanya diwujudkan sekolah satu aliran sahaja. Maknanya semua sekolah samada sekolah Melayu, Arab, Cina atau Tamil menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar (medium)  kecuali dalam matapelajaran bahasa. Tindakan ini dilihat akan lebih memudahkan pengurusan, menjimatkan bajet dan lebih menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Akhirnya suatu masa nanti semua rakyat Malaysia akan cerdik atau kelihatan cerdik kerana terdidik dalam bahasa Inggeris dan boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik setanding dengan orang London !

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang berdakwat, biar sampai hitam. (Sila minta bantuan Google jika ada yang tak berapa faham maksud pepatah tersebut)

Ulasan saya: Saya harus akui bahawa orang Thailand, orang Jepun dan orang Korea yang satu masa dulu sangat buruk bahasa Inggerisnya berbanding orang Malaysia, kini sudah mengatasi orang Malaysia dalam kefasihan berbahasa Inggeris samada dalam bentuk tulisan atau percakapan. Tapi cuba semak dahulu, adakah mereka lebih dahulu pandai menulis dan bertutur dengan baik dalam bahasa ibunda mereka sebelum mereka menguasai bahasa Inggeris ... atau sebaliknya !


Monday, May 20, 2013

AKU KELIRU 29: BELI KE TAK BELI.




Dari segi peraturan adalah salah kalau kita membeli barang atau perkhidmatan dari syarikat adik  kita. Kalau kita beli juga, kita boleh dituduh di bawah kesalahan rasuah. Akan tetapi kalau kita beli barangan yang sama dengan syarikat lain tidak ada masalah walaupun harganya lebih mahal.

Inilah  dilema yang biasa dihadapi oleh pegawai kerajaan khasnya di bahagian perolehan. Dilema  di antara tindakan yang betul dari segi peraturan tapi tak betul dari moralnya atau tindakan yang salah dari peraturan tetapi betul dari segi moralnya.

Kadang-kadang saya kasihan tengok pegawai kerajaan yang kena tindakan undang-undang kerana membeli barang dengan harga yang lebih murah dengan kualiti yang sama atau lebih baik dari syarikat adiknya. Mungkin syarikat adiknya memberikan harga yang lebih murah memandangkan yang membeli itu adalah abangnya sendiri.

Tapi nak buat macamana. Undang-undang dah kata salah, salahlah walaupun niat kita baik untuk menjimatkan duit pembayar cukai. Undang-undang seumpama itu dibuat sebagai langkah awalan untuk mencegah penyalah gunaan kuasa.
Sebaliknya saya sangat tidak bersimpati kalau pegawai tersebut membeli barang dengan kualiti yang sama atau lebih rendah dari syarikat adiknya dengan harga yang lebih mahal dari harga syarikat yang lain atau lebih mahal dari harga pasaran.

Moral ceritanya: Kalau nak selamat ikutlah peraturan dan undang-undang. 




Sunday, May 19, 2013

SONYUM SOKOJAP 58 : INI BUKAN KUNCI SAYA.



  Gambar hiasan hasil carian Google.

Biasanya kalau tak hujan saya pergi ke surau hanya naik motor. Bila sampai, saya akan letakkan kunci motor saya di tepi dinding. Satu hari selepas sembahyang Subuh, seorang jemaah yang baik hati mengambil kunci tersebut dan menyerahkannya kepada saya dan saya pun menyambutnya dan berkata:

Saya: Terima kasih .. tapi ini bukan kunci saya.

Dia: Kalau bukan kunci Haji, kunci siapa ?

Saya: Saya tak ada kunci ..

Dia. Tapi saya nampak haji letak kat situ tadi ..

Saya: Betullah .. tapi saya tak pakai kunci.


Dia: Habis tu ..  ini kunci siapa ?

Saya: Ini kunci motor saya.

Dia: (Terdiam sejenak dan kemudian ketawa ) He he he .. subuh-subuh ini otak saya blur sikit !



.

Saturday, May 18, 2013

NAK JAWAB PUN BOLEH, TAK NAK PUN TAK APA. PAK NGAH TAK MARAH.

Nak minta pendapat anda sikit. Sekarang ini baik di blog atau fesbuk semakin ramai orang panggil saya Pak Ngah, tak kira mereka tua sikit dari saya atau muda banyak dari saya. Sehubungan dengan itu saya bercadang nak gunakan gelaran Pak Ngah terus-menerus.

Saya nak buat survey untuk mendapatkan pendapatan anda. Pilih satu sahaja dari jawapan berikut:

a. Kekalkan gelaran al-lavendari.

b. Saya suka gelaran Pak Ngah.

c. Ada aku kesah.

Terima kasih banyak-banyak atas kesudian anda memberikan pendapat. Yang tak sudi beri pendapat pun saya ucapkan terima kasih juga sebab sudi singgah dan baca entri syok sendiri ini.


P/S: Entri ini diletakkan di bawah label "Entri Syok Sendiri". Harap makngah .. hehe.


 

Friday, May 17, 2013

SAYA SUKA ENTRI INI - KISAH ROSMAH MANSOR.





1. Tajuk Entri: Bertuahnya Rosmah Mansor.

2. Tarikh Disiarkan: 26 April 2013.

3. Nama Blog: Kampung Blog Politik.

4. Nama Pena: Ujang Sahaja

5. Lokasi: Malaysia.

6. Sedutan Entri:

Dosa paling awal ditapis di langit pertama ialah dosa mengumpat. Orang yang mengumpat, segala pahalanya akan diberikan kepada orang yang diumpat. Jika pahalanya tidak cukup, dosa orang yang diumpat pula dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Mungkin kerana ramai orang yang mengumpat Rosmah, Allah akan masukkan beliau bersama-sama kumpulan awal ke syurga dan mereka yang mengumpatnya pula walaupun bersih dari kesalahan lain tetapi sarat dengan dosa mengumpat menerima nasib sebaliknya.

7. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Entri ini cukup menakutkan saya akan bahaya mengumpat. Kadang-kadang tengah rancak berbual, tiba-tiba saya teringat entri ini, maka saya akan tekan brek sikit takut terbabas. Saya juga perlu meminta maaf dari Kak Ros, sebab ada mengumpat atau mempersendakan jambul beliau sebelum ini.

8. Kesimpulan: Lain kali jangan kita senang-senang sahaja mengumpat atau mengata orang.


Linknya ada di sini.


 

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU, CIKGU !



Kepada semua sahabat saya yang jadi cikgu .. 

 

bahan kitar semula (tapi saya kira masih relevan)



Entri khas sebagai penghargaan saya kepada semua guru (pun bahan kitar semula) ada di sini.




ADA PENGERUSI SURAU LEBIH PANDAI DARI MENTERI BESAR.



  Gambar hiasan hasil carian Google.

Sedikit masa dulu, berlangsung pemilihan pengerusi surau yang baru di taman perumahan saya dan ia dibuat secara terbuka. Setiap jemaah diminta mengangkat tangan untuk calon yang disukainya. Calon-calon pun tidak disuruh keluar dan mereka dapat melihat dengan jelas siapa yang sokong dia dan siapa yang tidak.

Selepas selesai pemilihan, tidak pula pengerusi surau halang orang yang tak sokong dia dari bersembahyang kat surau. Dia juga tidak halang orang yang tak undi dia dari menikmati jamuan yang diadakan sebab dia tahu bukan duit dia yang buat surau dan membayar harga makanan itu semua. Kalau di jemput, dia tetap juga pergi ke kenduri di rumah orang yang tidak undi dia hari tu.

Saya rasa elok Menteri Besar dari satu negeri tu datang berjumpa pengerusi surau kami untuk belajar adab berdemokrasi.



Wednesday, May 15, 2013

WW 71: BELUM READY NOMBOR 7.

Tuesday, May 14, 2013

KALAULAH NEELOFA ADA DI SISI.


Nombor yang ditulis di atas trek di luar padang bola di KOMBES, Paroi.



Sejak bersara, saya selalu pergi berjalan di keliling padang di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES), Paroi. 

Awalnya dulu saya mula berjalan ikut suka tanpa mengira lorong. Kalau teringat nak mula dari lorong 8, saya mula dari situ. Kadang-kadang saya mula dari lorong 5. Kadangp-kadang saya kekal di lorong itu sampai pengsan letih. Kadang-kadang saya bertukar lorong. Masalahnya selepas beberapa pusingan, saya lupa berapa round saya dah pusing. Bila Makngahnya tanya, berapa round saya jalan, saya pun tak ingat. Lalu dia cadangkan saya mula dari lorong 1 dan bila habis lorong 1 masuk ke lorong 2 dan seterusnya. Ye tak ya juga. Lepas tu saya pun cuba dari lorong 1 seperti disyorkannya. Tapi dari segi saikologi ia tak berapa bagus, sebab makin lama nombornya makin besar dan makin terasa berat nak habiskan. 

Kemudian saya mula dari nombor besar pulak, katalah nombor 8. Habis satu pusingan saya masuk ke lorong 7 dan begitulah seterusnya. Makin lama berjalan, makin kecil nombornya. Bila sampai lorong 2 misalnya, badan pun macam dah tak larat, tapi otak kata .. "alah .. satu round je lagi". Lalu saya pun habiskan.

Sebenarnya saya belum pernah lagi jalan lebih dari 8 pusingan kerana saya patuh kepada bilangan lorong yang sudah disediakan. Lagi pun saya cepat jemu bila berjalan berseorangan kerana tidak ada motivasi. Lainlah kalau ada Neelofa berjalan di sisi pasti saya akan ikut dia berjalan sampai dia berhenti.

p/s: Saya harap anda dapat menyokong page "Buat Apa Gaduh-Gaduh" yang baru saya wujudkan bersama seorang rakan. Kalau ada yang sudi untuk jadi admin, saya alu-alukan.


OTAK ORANG MELAYU PALING MAHAL.

Perhatian: Harap tidak ada salah faham. Entri ini bukan menentang mana-mana individu atau mana-mana parti politk. Yang saya cuba nak tentang ialah mereka yang berfikiran yang sempit, selorong, tertutup, tidak rasional dan gagal menggunakan logik atau komensen (common sense).

........................................................................................

Saya teringat satu jenaka tentang otak yang diceritakan oleh seseorang pada suatu masa yang agak lama dulu. Katanya kalau ada kedai jual otak terpakai, otak siapakah agaknya yang paling mahal ?

Dia kata otak orang Melayu. Sebab apa ? Sebab jarang guna, jawabnya. Lawak itu bukan lawak kosong tapi ia penuh sindiran dan penuh makna. Maknanya kebanyakan orang kita  malas nak berfikir dan menganalisis. Apa yang nampak di depan mata atau didengar di telinga, itulah yang mereka percaya dan terus buat kesimpulan dan yang lebih teruk lagi sampai menyampai. Bila sampai menyampai, benda sejengkal jadi sedepa.

Berikut saya berikan dua contoh dakwaan yang tidak dapat terima oleh akal saya. Saya tidak tahu faktanya dan saya yakin yang mendakwa juga tidak tahu fakta yang tepat. Saya cuma nak bincang dari segi logik secara komensen (common sense). 

Contoh 1: Najib belanja RM58 billion untuk kempen PRU 13.


Mana Ustaz ini dapat angka ini saya pun tak tahulah.
 
Masuk akalkah Najib gunakan RM58 billion untuk kempen PRU 13 ? Bagi saya  dakwaan ini langsung tak masuk akal. Semasa saya bekerja dahulu, saya pernah dipertanggungjawabkan untuk membelanjakan peruntukan sebanyak RM10 billion yang diberi kepada Kementerian tempat saya bertugas. Peruntukan tersebut adalah siling yang perlu dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di bawah Kementerian di seluruh Malaysia. 

Memang perit untuk menghabiskannya walaupun dengan bantuan JKR dan juga beratus-ratus konsultan. Itu baru RM10 billion, apalagi kalau sebanyak RM58 bilion dan dibelanjakan pula dalam tempoh bekempen yang singkat.   Sayangnya ada orang kita terus percaya dan sampai menyampaikan cerita ini. Bila kita tanya dari mana dan macamana engkau dapat angka sebanyak itu, dia akan jawab "entahlah .. aku dengar orang cakap je".

Mereka tidak pulak bertanya, kalau BN dikatakan membelanjakan sebanyak RM58 billion untuk kempen pilihanraya, berapa banyak pula yang dibelanjakan oleh Pakatan Rakyat ?  RM10 billion atau RM5 billion? Dan dari manakah sumber wang sebanyak itu ?

Terlalu banyak blog politik yang membuat rumusan tentang satu perkara berdasarkan prasangka bukan berdasarkan fakta atau fikiran yang rasional dan kritis. Saya percaya ada  sebahagian blogger yang hanya bertujuan meningkatkan kunjungan ke blognya dengan menerbitkan berita sensasi agar menghasilkan pendapatan yang lumayan dari iklan yang diperagakan. 

Contoh 2: 60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor.



60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor, dakwa penulis blog ini.

Ini satu lagi dakwaan yang tak masuk akal. Orang balik Haji pun sudah sesak airport. Ketibaan mereka berjarak kira-kira sebulan.  Cubalah bayangkan kalau 60 ribu orang masuk ke Malaysia dalam tempoh kira-kira  seminggu. Setelah saya congak-congak,  ia memerlukan sekurang-kurangnya 300 penerbangan sewa khas,  untuk membawa mereka datang dan menghantar mereka pulang. 

Kemudian mereka perlu diangkut dengan bas untuk dihantar ke destiniasi. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 1,500  buah bas untuk tujuan tersebut. Kalau benar, tentulah jalan raya di Selangor dan Johor akan dipenuhi dengan bas-bas yang digunakan untuk mengangkut 60 ribu orang itu. Mereka juga perlu diberi tempat penginapan. Saya fikir tentulah tidak cukup semua bilik hotel yang ada di Selangor dan Johor untuk menampung mereka. 

Lagi sekali akal saya tidak dapat menerima dakwaan ini. Kalau gunakan komensen (common sense) pun sudah jelas dakwaan ini adalah temberang. Sayangnya ada juga orang yang percaya. Akibat terlalu percaya, ramailah misalnya pekerja Bangla dan Nepal yang nak balik ke asrama mereka selepas tamat bekerja di kilang kena belasah.

Tuan besar mereka yang menggembar-gemburkan pembohongan ini, tidur nyenyak dirumah atau hotelnya sedangkan pengikut mereka silap-silap kena tidur dalam lokap atau penjara.

Saya terlalu ingin percaya tuduhan dari Pakatan Rakyat adalah benar tapi saya perlukan bukti.  (Entri ini ada mengajarkan cara-cara mengumpul bukti). Kalau tak ada bukti yang lengkap, sekurang-kurangnya tuduhan itu biarlah masuk akal dan boleh diterima oleh komensen. Bukan semua orang boleh diperbodohkan pada setiap masa. You can fool some people sometimes. But you can't fool all the people all the time. Kalau anda mahu percaya, terserah tetapi saya belum lagi.

Seterusnya lihatlah gambar-gambar pemimpin-pemimpin kita untuk renungan mereka yang tak ada kerja lain, melainkan nak membelasah puak lawan.

 






.

Sunday, May 12, 2013

BETUL TAK ?



Kita wajib membuat perkara yang betul.
Kita juga kena membuat perkara yang betul dengan betul. 
Kalau kita buat perkara yang betul dengan cara yang tidak betul, memang kita tidak betul.
Dan kalau kita buat perkara yang tidak betul dengan cara yang tidak betul, lagilah tidak betul.
Hanya orang yang tidak betul sahaja yang suka buat perkara yang tidak betul dengan cara yang tidak betul. 

Dalam pada itu kita juga tidak boleh buat perkara yang tidak betul dengan cara yang betul.
Hanya orang yang tidak betul sahaja yang suka buat perkara yang tidak betul dengan cara yang betul 

Kesimpulannya marilah kita betul-betul buat perkara yang betul dengan betul.

Betul tak ?



Saturday, May 11, 2013

TAK PATUTLAH ALI RUSTAM CAKAP MACAM TU !


"Mereka (orang Cina) langsung tak kenang budi, tidak ambil kira jasa yang saya buat dulu ketika mereka datang jumpa saya hingga lewat malam minta tolong, bila saya bantu, ini yang saya terima sebagai balasan" 

 Ali Rustam : Utusan Malaysia -7/5/2013

Saya rasa Ali Rustam langsung tak patut cakap macam itu. Kalau awak pegang jawatan Ketua Menteri, itulah kerja yang patut awak buat kerana awak dibayar gaji dan elaun. Duit tu datangnya daripada rakyat juga. Lainlah kalau awak tolong tu guna duit sendiri. Dan kalau awak tak mahu orang datang jumpa awak minta tolong, jangan jadi Ketua Menteri. 

Lagipun bila kita bertanding sepatutnya kita sudah bersedia menerima apa sahaja keputusannya. Kalau kita masuk bertanding dan mahu menang, lawan awak pun nak menang juga. Kalau awak mahu pengundi hanya piiih awak sahaja dan tak mahu pengundi pilih lawan awak, baik buat undang-undang  menetapkan semua pengundi wajib mengundi bekas Ketua Menteri.

Terus terang saya katakan, saya kecewa dengan kenyataan beliau.


JOM KITA BINCANG TENTANG JOM ! ( ENTRI INI TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK )




Saya orang Negeri Sembilan. Perkataan jom pertama kali saya dengar dari kawan-kawan semasa di tahun 1, Universiti Malaya, tahun 1974. Saya rasa ia berasal dari sebelah utara tetapi kini sudah meluas digunakan di seluruh Malaysia. Perkataan yang seerti dengannya dalam loghat Negeri Sembilan ialan "moh" .. macam ayat "moh kito ke surau !"

Ini kata DBP tentang  perkataan "Jom" ..

"Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jom ialah kata ajakan yang berasal dari Negeri Kedah. Perkataan ini boleh digunakan dan tidak pernah dikategorikan sebagai bahasa Melayu rendah".

Sejak dulu saya juga menggunakan perkataan jom bila mahu menyeru atau mengajak seseorang atau sekumpulan orang untuk membuat sesuatu.

Misalnya "jom kita pergi lepak kat kedai Ali Maju malam ni". Kalau kita mengajak untuk tidak melakukan sesuatu adakah sesuai perkataan jom itu digunakan? Misalnya "jom kita jangan tengok bola".

Kalau kita mengajak orang lain supaya tidak melakukan sesuatu atau meninggakan sesuatu, saya rasa lebih sesuai kita gunakan perkataan 'mari'  Misalnya "mari kita berhenti merokok"

Agaknya itu sebablah iklan di atas tidak meninggalkan kesan kepada para perokok. Saya buat kesimpulan itu dari pengalaman saya berkawan dengan kawan-kawan yang menghisap rokok. Langsung tak dihapekkannya seruan iklan itu.

hapek =  peduli. Istilah orang Nogori.


Friday, May 10, 2013

KENAPA PULA BENDERA MALAYSIA YANG DITERBALIKKAN ?.

 

Saya percaya anda semua sudah tahu apa cerita gambar ini.


Saya tahu mereka tidak puas hati dengan SPR dan BN. Akan tetapi bukan mereka sahaja yang tidak puas hati, orang Melayu sendiri pun ramai yang marah dengan SPR dan BN. Soalnya, kalau betul marahkan BN dan SPR kenapa mereka tidak terbalikkan bendera BN atau terbalikkan gambar Pengerusi SPR ? Kalau mereka berbuat demikian, saya langsung tidak peduli kerana itu adalah perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi. Tetapi bila Jalur Gemilang diterbalikkan, dengan isyarat tangan yang membawa makna tidak bagus serta berpakaian warna berkabung, bagi saya ia memberi isyarat yang sangat berlainan. Saya percaya anda semua boleh mentafsirkannya. Saya amat sedih dan terkilan atas perbuatan mereka itu.

Saya pernah tinggal dan bekerja di USA selama 3 tahun dan berpeluang melihat dan mengikuti perjalanan pilihanraya mereka. Walau pun mereka berbeza pendapat dari segi dasar parti yang bertanding, tetapi seingat saya, saya tidak pernah melihat atau mendengar cerita ada  rakyat mereka yang menterbalikkan bendera Amerika samada di luar negara apalagi di dalam negara mereka.

Harus di ingat, bendera adalah lambang kemegahan dan kedaulatan sesebuah negara.


Kalau anda cintakan keamanan, buat apa gaduh-gaduh Silalah like page ini.

Thursday, May 9, 2013

KISAH BENAR YANG MESTI DI BACA: PENGAJARAN DI SEBALIK MESIN BASUH YANG ROSAK.



Hari Isnin lepas, sehari selepas PRU, dalam perjalanan balik dari bergunting rambut saya dan anak saya,  saya singgah di sebuah kedai memperbaiki barangan elektrik. Tujuannya kerana ingin bertanya samada mereka boleh datang memperbaiki mesin basuh di rumah saya yang sudah 5-6 bulan rosak.

Saya dilayan dengan baik oleh taukeh kedai tersebut seorang Cina. Saya katakan padanya, kalau mahal sangat saya tak mahu repair kerana lebih baik saya beli baru.

"Tak pa .. nanti kita datang tengok. Encik tulis sini alamat rumah dan nombor telefon .. nanti besok kita datang tengok" jawabnya sambil memberi kertas dan sebatang pen untuk saya menuliskan maklumat yang dimintanya.

Dipendekkan cerita keesokan harinya dia pun datang bersama seorang pekerjanya berbangsa Melayu. Si Cina itu menunggu di luar pagar. Saya pun menunjukkan tempat mesin basuh saya di belakang rumah kepada pekerjanya. Kemudian saya tanya dia ..

 "kenapa taukeh awak tak masuk sama ?"

"sayalah taukeh" jawabnya ringkas. Saya terdiam sambil menahan rasa sedikit malu  serta menyimpan rasa ingin tahu. Segera saya lanjutkan pertanyaan ..

"habis .. dia tu siapa ?"

"oh .. dia kawan saya .. taukeh kedai motor sebelah .. dia tolong tengokan kedai saya masa saya keluar kejap". Dia memberi penjelasan.

Sekarang baru saya jelas kedudukannya.

Si Melayu ini beritahu mesin basuh saya kena dibawa balik ke kedainya untuk diperbaiki kerana ia memerlukan peralatan khusus untuk membuka bahagian yang rosak. Selepas itu dia memanggil kawannya yang berbangsa Cina itu masuk untuk membantunya mengusung mesin basuh saya ke van yang ada di luar.  Kemudian si Melayu itu masuk ke dalam van dan duduk di kerusi penumpang dan saya fahamlah bahawa van itu milik si Cina itu. Tetiba saya merasakan satu perasaan yang manis jauh di lubuk hati saya sambil melihat van yang dipandu oleh si Cina itu meninggalkan rumah saya dan akhirnya hilang dari pandangan saya.

Dari peristiwa ini saya mendapat kesan, bahawa rakyat bawahan (marhaen) yang mencari sesuap nasi ibarat ayam; kais pagi makan pagi, kais petang makan petang boleh hidup bersama dengan aman damai. Sifat tolong menolong dan perasaan saling mempercayai masih kukuh dan jelas kelihatan.

Yang merosakkan kita adalah sesetengah orang politik yang berfahaman sempit yang hanya mencari keuntungan jangka pendek untuk memuaskan ego sendiri tanpa memikirkan nasib masa depan bangsa dan negara ini.

Perhatian.

Saya lihat akhir-akhir ini ada orang yang suka membuat komen yang berbau politik kepada tulisan saya samada dalam blog mahupun fesbuk, walaupun tulisan saya itu kadang-kadang langsung tidak berkaitan dengan politik. Untuk entri ini saya harap janganlah ada yang mengomen begini "orang PAS lah berotak sempit" dan dibalas pula oleh pihak yang satu lagi "orang UMNO lah perkauman". 


Wednesday, May 8, 2013

LIHATLAH GAMBAR-GAMBAR INI DAN KATAKANLAH SESUATU !






.








............................................................................................................................

Setelah anda mengamati gambar-gambar di atas, saya ingin mendapat pandangan anda semua akan satu cadangan. Berikutan keputusan PRU baru lalu, banyak suara yang mahukan UMNO dan PAS bergabung.  Saya sudah berjumpa kewujudan sebuah laman forum berbentuk page - Ini Kalilah! Gabung yang menyokong hasrat tersebut.

 


Saya amat gembira diperkenalkan kepada page tersebut dan terus 'like'. Malangnya page itu kadang-kadang bertukar menjadi medan bertengkar dan tuduh menuduh di antara  pihak-pihak yang tidak sealiran.  Dalam keadaan begini, saya rasa adalah sukar untuk mencapai kesatuan pemikiran dan hasrat bagi melihat UMNO dan Pas bergabung.

Atas sokongan dan dorongan kuat seorang rakan fesbuk,  saya  bercadang untuk mewujudkan sebuah forum dalam bentuk grup "Ayuhlah Bergabung !" kerana di dalam grup (tidak seperti dalam page) kita boleh tapis kemasukan ahli dan kita juga boleh tolak mereka yang tidak sealiran dengan aspirasi grup.

Di dalam grup ini, ahli-ahli bolehlah menyatakan rasa hati, harapan dan rayuan kepada BN dan PAS supaya duduk semeja mencari persamaan dan seterusnya penyatuan demi ugama, bangsa dan negara. Jika grup ini mendapat sambutan, tentulah pemimpin BN dan PAS tidak boleh memejamkan sahaja mata mereka kerana itu adalah hasrat rakyat sendiri.

Namun begitu jikalau sudah ada grup yang serupa, silalah beri linknya dan  saya akan batalkan hasrat saya ini untuk mengelakkan berlaku pertindihan dan saya pun tidak berniat hendak berlawan dengan sesiapa.





KISAH DI SURAU DI WAKTU HUJAN LEBAT.

Sebenarnya saya ingin lari dari menulis tentang politik. Jemu. Tidak ada kesudahan. Akan tetapi peristiwa petang tadi amat menyentuh hati kecil saya.

Kisahnya begini. Selepas sembahyang Asar secara berjemaah di surau, hujan turun dengan sangat lebatnya. Saya pun masuk semula ke dalam surau kerana saya datang menaiki motor dan tidak membawa baju hujan. Saya lihat ada tiga orang jemaah sedang berbual sambil berdiri di tengah-tengah surau. Salah seorang darinya adalah imam yang baru mengimamkan sembahyang Asar tadi. Saya pun menyertai mereka dan mereka pun meneruskan perbualan mereka.

Antara yang diperbualkan ialah kisah kehilangan beberapa peti undi di Putrajaya dan bagaimana penipuan dibuat semasa pengiraan undi di mana petugas-petugas yang mengira undi telah dirasuah agar memihak kepada BN. Saya tidak menyampuk dan menjadi pendengar sahaja. Sebelum kami beredar kerana hujan telah mula reda,  saya sempat mendengar kesimpulan perbualan mereka.

Orang 1: "Memang dahsyat cara BN menipu dalam pilihanraya kali ini"

Orang 2:  "Menipu itu berdosa. Kalau mereka memerintah nanti tak selamat. Hidup mereka juga tidak akan tenang"

Orang 3: "Puak-puak tu reti ke dosa pahala ?"

Lutut saya jadi lemah bila mendengar kata-kata mereka. Cepat-cepat saya balik ke rumah. Saya tidak sedar bila saya sampai di rumah kerana  asyik memikirkan nasib anak cucu saya di kemudian hari.

p/s. Lihat gambar di bawah bagaimana sebahagian pelajar Malaysia di Taiwan menghina Jalur Gemilang lambang kemegahan negara kita. Dan kita pula masih bercakaran sesama sendiri.



Sumber: sini.

Monday, May 6, 2013

JAWAPAN KEPADA MOHD ASYRAFF.

Di bawah saya perturunkan sepenuhnya komen yang agak panjang dari Sdr Mohd Asyraff yang boleh menerangkan dengan sendiri maksudnya. Ia sebagai reaksinya kepada entri saya yang ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana sudi singgah dan memberi pendapat dengan ikhlas.
.............................................................................

islam memang untuk semua..tp nak tanya sikit kerajaan sekarang betul2 mngikut cara islam ke? nak ke kite ikut sorg pemimpin yang tak ada pegangan tentang islam? INGAT.. Ayat al-quran sendiri dah memberitahu kita,Kita akan dibangkitkan dengan imam kita.. jangan terikut sangat dengan org2 bawahan Pas yang kadang2 tngk pon tau da tak betul,tapi tngk lah pemimpin PAS sendiri.. orgnye macamane,kenali lah TGNA pedulikan kata2 org yang tak berilmu dalam parti tuh.. baru kite tau ape yang diperjuangkan die.. n kerajaan kita skrg? pedulikan ape org bawahan Kerajaan kata.. kite kenali siapa n ape yang pemimpin kerajaan kite buat? betul ke mengikut care islam? bukan Kite nak jual NAMA ISLAM dalam parti.. tapi siapa lagi yang nak perjuangkan islam kalau bukan TGNA????ke korg lah perjuangkan blhh???? senang kate.. dalam negara kite ade tariqat,ade tabligh,ade jugak tempat2 belajar agama.. tapi yang ni smua untuk mengingati org dan belajar mendalami islam.. siapa yang nak perjuangkan islam dalam negara? JADI tolong TENGOK PEMIMPIN,bukan Tngk org BAWAHAN yang jadi pengikut semata2.. Wallahu'alam
ReplyDelete

Replies 

al- lavendariMay 5, 2013 at 9:08 AM

    Insya-Allah saya akan cuba jawab komen anda dalam satu entri khas bila saya ada kesempatan kerana jawapan saya mungkin agak panjang nanti dan juga untuk faedah lebih ramai orang.
    Delete


...........................................................................................................................

Berikut adalah ulasan dan penjelasan saya pula seperti yang dijanjikan dalam   entri tersebut.
  
Saudara Mohd Asyraff ! Sebelum kita mahu beribadat, bermuamalat atau bersahsiah kita perlu ada ilmu. Ilmu yang pertama wajib ada kepada kita semua adalah ilmu tauhid kerana ia merupakan asas. Kalau pegangan tauhid kita tidak kukuh apalagi kosong, maka kita akan mudah terpesong atau tersesat. Saya petik sebahagian dari  entri saya sebelum ini yang saya rasa sangat berkaitan seperti di bawah:

" Selanjutnya saya petik tulisan yang sangat menarik dari buku "Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali" akan kepentingan menuntut ilmu, seperti berikut:

" ... Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan tentang dua orang lelaki, yang seorang adalah orang yang berilmu yang tidak pernah beribadat dan seorang lagi adalah orang tidak berilmu tetapi menjalankan ibadat. Kemudian, keduanya diuji oleh seseorang tentang berapa kadar kejahatan bagi kedua orang tersebut. Maka, si penguji itu pun mendatangi keduanya dengan mengenakan pakaian yang megah.


Dia berkata kepada orang yang rajin beribadat: "Wahai hambaKu, aku telah mengampuni seluruh dosamu. Maka sekarang engkau tidak perlu beribadat lagi". Ahli ibadat menjawab: "Ooooh, itulah yang aku harapkan darimu ya Tuhanku". Ahli ibadat menganggap si penguji sebagai Tuhan, sebab dia tidak mengetahui sifat-sifat sebenar Tuhannya.

Selanjutnya, sang penguji mendatangi orang yang berilmu, yang ketika itu dia sedang minum arak. Penguji berkata: "Wahai manusia, Tuhanmu akan mengampuni dosamu!". Dengan geram dia menjawab: "Kurang ajar ! (sambil mencabut pedangnya), engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan".

Demikiannlah, orang yang berilmu tidak akan mudah tertipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya ...

Entri penuhnya di sini.


Sekarang saya nak tanya 3 soalah  kepada saudara Mohd Asyraff:

1. Kalaulah suatu hari nanti TGNA meninggal dunia (sebagaimana juga kita semua), apakah Islam juga akan turut mati bersama beliau sekiranya tiada pengganti yang mempunyai wibawa, ilmu, kewarakan dan budi pekerti  seperti beliau ?

2. Kalaulah parti PAS dibubarkan atas sebab-sebab luaran atau dalaman, adakah Islam tidak selamat kerana tiada siapa lagi yang akan memperjuangkannya ?

3. Kalaulah parti PAS kalah dalam semua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkannya dalam PRU yang lalu, apakah Islam juga turut kalah?

Bagi saya kalaulah TGNA meninggal dunia, Islam akan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia kerana Islam tidak bergantung kepada seseorang individu.

Sekiranya Parti PAS kalah di Kedah atau  Husam Musa kalah di Putrajaya; itu bukan bermakna orang Islam menolak Islam tapi yang ditolaknya ialah parti yang bernama PAS dan orang yang bernama Husam Musa. 

Sekiranya parti PAS terbubar atau tewas di semua kerusi dalam pilihanraya yang lalu, itu tidak bermakna Islam terbubar atau Islam kalah. Yang terbubar atau kalah adalah Parti PAS dan ia tidak ada kena mengena dengan Islam.  Itulah sebabnya saya tidak setuju nama Islam dihubungkaitkan dengan mana-mana parti politik kerana ia akan merosakan imej atau kesyumulan Islam itu sendiri.

Saya juga sebagai orang layak dipanggilnya ayah, ingin menyampaikan sedikit pesanan kepada Saudara Asyraff (dan juga untuk diri saya sendiri) supaya jangan bersifat riak dan takabbur kerana sikap itulah yang ditapis terlebih awal dari sifat ikhlas oleh Malaikat yang bertugas di langit sebelum amalan kita dipersembahkan kepada Allah swt. Saya berkata demikian (maafkan saya jika telahan saya itu silap) ialah kerana saya tercium ada sedikit unsur riak dan takabbur itu dalam ayat  saudara yang ini (saya petik):

 ke korg lah perjuangkan blhh???? 
 
Semoga kita semua di beri taufik dah hidayahNya agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus ... "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat". (Surah al-Fatihah, ayat 7 ). Allahuaklam.

Sunday, May 5, 2013

KALAULAH BANYAK PARTI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA.



 Gambar hiasan hasil carian Google.


Saya menulis entri ini kerana menurutkan rasa hati kecil saya. Saya tidak berniat untuk menyindir atau mengkritik mana-mana parti. Cuma saya hendak menyampaikan hujah saya secara rasional. Saya alu-alukan kalau ada pihak lain yang mempunyai pandangan yang berbeza asalkan ianya dalam konteks tajuk yang dibincangkan.

Semua orang tahu bahawa ugama Islam adalah untuk semua tanpa mengira negara, warna kulit, budaya dan kedudukan geografinya. Ia bukan hak milik mana-mana parti. Buat masa ini di Malaysia cuma PAS sahaja menggunakan perkataan Islam dalam partinya. Ini telah menimbulkan persepsi yang salah kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa parti mereka  sahajalah yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

Apa kata kalau ada beberapa kumpulan atau individu lain ingin menubuhkan parti yang menggunakan nama Islam. Saya rasa Parti PAS tidak berhak untuk menghalangnya kerana Islam bukan hak mutlak partinya.

Mungkin nanti ada PIS untuk Parti Islam Semenanjung, PIM untuk Parti Islam Malaysia, PUIS untuk Parti Ugama Islam Malaysia. Masing-masing parti mengatakan mereka adalah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup. Bukankah itu mengelirukan dan memecah belahkan ?

Islam tidak berhajatkan mana parti-parti politik untuk menyelamatkanya.

Nasib baik sekarang ini kita cuma ada satu sahaja parti Islam yang dominan di negara kita. Itu pun kita sudah berpecah belah.