Wednesday, February 29, 2012

WW 24: SANG REMBULAN MENGINTAI DI CELAH DEDAUNAN.





Tuesday, February 28, 2012

BERPUAS HATI SAHAJA.


Pagi tadi saya berurusan dengan Tabung Haji, Ampangan, Seremban. Saya lihat kotak maklumbalas kepuasan pelanggan yang sekaligus menjadi tempat untuk membuang slip nombor giliran ada tertulis "Tidak Berpuas Hati" dengan "Sangat Berpuas Hati".  Saya sebenarnya berada di antara "Tidak Berpuas Hati" dengan "Sangat Berpuas Hati". Senang cakap saya cuma "Berpuas Hati" sahaja. Maknanya saya tidaklah "Tidak Berpuas Hati" dan juga tidaklah "Sangat Berpuas Hati". Jadi  pilihan yang ada adalah memasukan slip itu ke dalam kotak yang tertulis "Sangat Berpuas Hati" walaupun saya sebenarnya tidaklah sangat berpuas hati.  

Mungkin saya terbawa-bawa dengan perasaan sakit hati terhadap seorang pelanggan yang meletak kereta menutup sebahagian jalan keluar masuk  semata-mata tak mahu kereta dia panas. Kalau awak takut kereta awak kena panas, simpan je lah kereta awak tu dalam bilik tidur dan pasang airkon.

Apa-apa pun saya doakan agar pelanggan ini tidak menghadapi sebarang halangan semasa menunaikan ibadat Haji kelak.


p/s: Saya tidak berpuas hati dengan jumlah kotak maklumbalas kepuasan pelanggan Tabung Haji itu dan sukacita saya mencadangkan kepada Tabung Haji supaya tambah 3 kotak lagi supaya susunannya menjadi begini:

1. Sangat Berpuas Hati,
2. Berpuas Hati,
3. Kurang Berpuas Hati,
4. Tidak Berpuas Hati; dan
5. Sangat Tidak Berpuas Hati.

TERKENANG SEMASA DULU 45: SEJENAK DI BUCKINGHAM PALACE

Tadi saya beritahu Makngahnya nak buat cermin mata baru sebab power cermin mata yang ada sudah kurang. Nak tahu apa dia jawab ?

"Power cermin mata tu macam tu juga .. mata abang tu yang makin rabun"

Ini yang malas nak bawa dia melawat Buckhingham Palace lagi !



Gambar 1: Kelihatan dua orang pengawal sedang bertugas dengan berdiri tegak tanpa bergerak. Kalau saya kena macam tu, selepas setengah jam pengsan.


Gambar 2: Orang ramai sedang memerhatikan kami bergambar.


Gambar 3: Kebetulan semasa kami sampai istiadat pertukaran pengawal baru nak bermula. Dapatlah kami tengok perarakan kereta kuda memasuki istana.


Gambar 4: Memang patutlah tukar cermin mata baru .. tengok gambar ini pun dah blur.



Gambar 5:  Jauh pun blur .. dekat pun blur.


Gambar 6: Lagi jauh lagi blur .. hehe

Monday, February 27, 2012

ADAKAH PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA MEMUASKAN ?

Tidak ada manusia yang siuman sengaja mencari atau memilih yang susah. Misalnya kalau lebih mudah dengan menaiki komuter ke pejabat, sudah tentu tiada siapa yang ingin menaiki kereta sendiri untuk ke pejabat dan begitulah sebaliknya. Saya pernah menceritakan pengalaman saya menaiki komuter ke pejabat suatu masa dulu di sini.

Di London misalnya adalah jauh lebih mudah, cepat dan murah kalau menaiki pengangkutan awam samada keretapi, subway atau bas untuk bergerak ke mana-mana di kotaraya itu.  Jadi kempen supaya menaiki pengangkutan awam di Malaysia akan sia-sia jika kemudahan pengangkutan awam masih tidak boleh di harap. Saya yakin orang Malaysia adalah waras dan prgamatik. Kalau membawa kereta sendiri lebih menyusahkan dari menaiki pengangkutan awam, saya rasa tak perlu kempen atau undang-undang, orang ramai akan dengan sendirinya memilih untuk menaiki pengangkutan awam.

Sedikit masa dulu, saya  ada mendapat komen dari FareedSairi, rakan blogger yang sedang melanjutkan pelajaran Peringkat Habis Darjah di Australia yang ada kaitan dengan tajuk entri saya di atas.

Saya ingin mengenengahkannya komennya di sini  kerana kalau ia tinggal sebagai komen, mungkin ramai yang tidak menyedarinya, untuk renungan kita bersama.






Nota kaki:  Fareed panggil saya PakNgah kerana itu panggilan popular saya di blog. Saya sendiri belum pernah bersua  muka dengan beliau. PakNgah doakan Fareed berjaya dengan cemerlang dalam semua lapangan dan usaha yang diceburi.


Saturday, February 25, 2012

SIAPA YANG TAK KENAL SAMA SITI ZAITON ?


Pada 22hb yang lepas saya mendapat komen dari DJ Carlito dari USA ke atas sebuah entri lama saya yang tersiar lebih dari 2 tahun lalu.  Saya terperanjat kerana seorang Mat Saleh dari Richmond, USA mengenali Siti Zaiton seorang penyanyi terkenal di zaman Pop Yeh Yeh dahulu.

Saya percaya ramai di antara pembaca Melayu di Malaysia sekarang ini yang tidak mengenai Siti Zaiton itu. Kalau berhajat hendak melihat rupa Siti Zaiton yang jelita itu, klik  sini.

Saya juga telah melawat blog  DJ Carlito seperti di bawah yang bertajuk "Pop Yeh Yeh Research Trip". Lagi  sekali saya terkejut membaca tulisan dia. Betapa mendalam pengetahuan beliau tentang muzik Pop Yeh Yeh. Saya yang meminati Pop Yeh Yeh ini pun tidak tahu sebanyak itu.



Sebahagian dari blog DJ Carlito.

Salah satu entrinya adalah tentang lagu Bunyi Gitar nyanyian P. Ramlee.


Friday, February 24, 2012

KISAH RAJA NAK MANDI SUSU.

Baru-baru ini ada kumpulan Tabliqh singgah bermalam selama 3 malam di surau saya. Selepas Subuh pada suatu hari, saya berpeluang mendengar  tazkirah ringkas yang diberi oleh salah seorang dari mereka.

Salah satu cerita yang membawa kesan kepada saya ialah mengenai kisah seorang raja di zaman dahulu kala yang teringin nak mandi susu. Dia pun memerintahkan rakyatnya membawa susu secawan seorang dan memasukkan ke dalam kolam mandi di luar istananya kerana dia hendak mandi pada esok pagi.

Dipendekkan cerita, bila dia nak mandi esok hari, dia terkejut kerana kolamnya bukan dipenuhi oleh susu tetapi oleh air kosong sahaja. Ini berpunca kerana setiap seorang dari rakyatnya cuma memasukkan secawan air kosong sahaja kerana merasakan tentulah orang lain akan memberi susu ..

"kalau aku sorang sahaja yang tak beri susu, tak ada beza pun"

Pengajaran dari cerita ini ialah  bila kita diajak membuat suatu kerja  kebajikan, usah berfikir atau berkata .. 

"biarlah orang lain yang buat .. takkanlah tak ada orang lain yang buat"

Akhirnya kalau setiap orang dari kita berfikiran begitu, maka tiada sesiapa yang akan membuat kerja kebajikan itu. Itulah yang terjadi sekarang ini. Gejala sosial yang tidak diingini berleluasa kerana kita semua merasakan bahawa tanggungjawab untuk mencegahnya adalah bukan tanggugjawab kita tapi tanggungjawab orang lain. 

Nota kaki: Ingatan untuk diri sendiri. 



Thursday, February 23, 2012

DARI FESBUK - NAIK GAJI.





CEUPACS tuntut naik gaji antara RM700 hingga RM2,500 bagi gred 54 ke bawah dan potong kenaikan gaji JUSA ke atas agar "tidak nampak jurang perbezaan yang ketara".
Ini baru adil. Dulu saya tulis seperti di bawah ramai yang marah ..

http://al-lavendari.blogspot.com/2012/01/cukup-cukuplah-tu-ptd.html
KomenSen: CUKUP-CUKUPLAH TU PTD.
al-lavendari.blogspot.com
· · · · 6 hours ago

SONYUM SOKOJAP 39 - ISTERI SIAPA PALING BAIK ?

 .

Perbualan 3 orang suami di satu pagi di sebuah gerai minuman di bawah pokok ketapang di tepi jalan besar. Masing-masing berlumba-lumba menceritakan kebaikan isteri masing-masing.


Suami 1: "Isteri aku baik sungguh. Aku bagi RM10 beli barang dapur .. lebih 15 sen pun dia pulangkan kat aku"


Suami 2: "Isteri aku lagi baik. Semua barang dapur dia beli guna duit dia sendiri"


Suami 3: "Isteri kau orang semua tak boleh lawan isteri aku punya baik. Sejak aku kawin 30 tahun dulu  sampailah sekarang, sekali pun dia tak pernah minta duit aku ..."

Suami 1 dan 2:  "amboi baiknya ...." mencelah serentak.


Suami 3:  (tersenyum mendengar pujian rakan-rakannya dan seterusnya menyambung " bila dia nak .. ikut suka dia je ambil banyak mana dari poket aku".


 No



jadi ... isteri siapakah yang paling baik ?

.

Wednesday, February 22, 2012

WW 23: MATI-MATI SAYA INGAT DIA ORANG DAH KAWIN.

.


.

Tuesday, February 21, 2012

TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR.

Semalam saya tak sempat nak buat entri baru kerana melayan ucapan di fesbuk saya selain menjalankan tugasan rumahtangga.  Di samping itu saya juga langsung tak sempat menjenguk mana-mana blog kengkawan.  Sejak fesbuk berwajah baru ini semakin rajin pula saya bermain-main di sana. Sesungguhnya fesbuk (dan juga blog) berupaya merapatkan perhubungan di antara kita walaupun terpisah oleh lokasi berbeza dan juga jarak usia.



Cetakan skrin fesbuk saya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang telah memberi ucapan selamat hari lahir dan juga mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga di dalam entri saya sebelum ini. Semoga anda yang mendoakan juga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Pada hari Ahad lalu dibuatlah majlis kecil-kecilan untuk cucu saya dengan menjemput sedara dan jiran yang berdekatan.  Tahlil, doa selamat dan acara budak-budak.  Riuh jugalah sekejap rumah saya dengan budak-budak dan juga mak bapak budak.  Saya pun tumpang semangkuk.  Mungkin  tahun depan tukar format ..  sambutan hari lahir cucu saya dilewatkan sehari .. baru adil !


Zaman atuk dulu tak ada pun benda-benda macam ni.


Siapalah yang ambil gambar saya sekerat ni. 

 

Ini satu lagi gambar sekerat .. mentang-mentanglah atuk dah tak hensem.


 Solosai ..


Mirin main kereta remote dia sampai habis bateri.


Selepas ini saya akan cuba menjengah blog kengkawan sebanyak  mana yang terdaya. Insya-Allah.

Sunday, February 19, 2012

KISAH SEORANG LELAKI YANG SUDAH TIDUR LEBIH 20 TAHUN.

.
                   60an                                              70an                                        80an



             90an                                  00an                                         11an



                            
               Sebentar tadi.



Kalau dicampur-campurkan masa tidur saya selama ini, saya rasa sudah lebih 20 tahun saya tidur. 

Katalah purata saya tidur 1/3 dalam masa 24 jam. Maknanya kira-kira 8 jam sehari. Kalau 1/3 dari 58 tahun +  tidur hampir 20 jam sehari semasa bayi + tidur siang + tidur semasa dalam bilik darjah dan kuliah + tidur semasa dengar ceramah kat surau dll,  tidakkah sudah lebih 20 tahun saya sudah tidur. Terasa rugi pulak bila di congak-congak. Lepas ni nak kurangkan tidur di siang hari kalau boleh.

Besok umur saya 58 tahun.  Kalau masih berkhidmat dengan kerajaan, ada dua tahun lagi sebelum bersara wajib. Syukur kerana dengan izin  Allah SWT saya diberi kesempatan untuk hidup hingga ke hari ini.  Di kesempatan ini saya mohon daripada Allah swt supaya  dipanjangkan umur, diberi kesihatan, di murahkan rezeki dan  ditetapkan iman sehingga nafas yang terakhir serta diampun segala kesalahan kecil besar di masa lalu.



Gambar di atas adalah gambar cucu saya. Yang pertama setakat ini. Hari ini adalah ulangtahun kelahirannya. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke- 3 Khairul Amirin.
Serupa tak dengan gambar atuknya di tahun 60an seperti di atas ?

Seterusnya mari tontoni video ini ..




.

Friday, February 17, 2012

TAUBAT.



Itulah komen dari Makdara Terdiva kepada saya dalam entri ini. Sukacita saya menyahut permintaanya walaupun kini dia sudah lama tidak bersiaran. 

Saya perturunkan di bawah ini petikan dari kitab Tafsir al-Azhar, karya Dr. HAMKA yang telah saya baca untuk renungan kita bersama. (Macam progam  "You Asked For It" pulak). Saya tidak mahu mengulasnya kerana saya rasa ia sudah sangat jelas menerangkan maksudnya dengan sendiri, kecuali memetik sebahagian kata-kata beliau yang sangat mengesankan saya:

" .. kadang-kadang orang yang tidak terbangun tengah malam, sehingga tidak sempat mengerjakan shalat Tahajjud, mungkin lebih baik dari yang sempat bangun dan sempat Tahajjud, lalu pagi-paginya dia berbangga dengan amalnya"

.....................................................................................


Menurut Dr. HAMKA:

"Taubat artinya kembali. Setelah tertempuh jalan yang sangat sesat, tidak tentu ujungnya. Bertambah lama bertambah terasa gelap, lalu timbul sesal dana segera kembali. Maka dicukupkanlah syarat taubat yang tiga perkara. Pertama, menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur. Kedua, segera mencabut kesalahan yang ada sekarang. Ketiga, mengakui dan bertekad tidak akan berbuat lagi. Dan pengakuan salah itu bukan kepada manusia, bukan kepada pendeta dan kiyai, tetapi rahasia antara hati sendiri dengan Allah. Dapat dilihat orang hidupnya yang telah berubah kepada yang lebih baik.

Kata ahli-ahli tasauf, jiwa orang yang benar-benar bertaubat kerana sesuatu kesalahan, kadang-kadang jauh lebih maju dalam mendekati Tuhan daripada jiwa orang yang merasa dirinya tidak bersalah, sehingga pernah juga mereka misalkan, bahawa kadang-kadang orang yang tidak terbangun tengah malam, sehingga tidak sempat mengerjakan shalat Tahajjud, mungkin lebih baik dari yang sempat bangun dan sempat Tahajjud, lalu pagi-paginya dia berbangga dengan amalnya"

Sumber: HAMKA, Tafsir Al-Azhar Juzu' 4 - muka surat 296.

 ........................................................................................................................................

Sub Entri: Makngah Dengan Geng Suraunya.



 Nak tahu cerita lebih lanjut silalah berkunjung ke sini.



Thursday, February 16, 2012

DUA LAGI FESYEN ORANG MARAH.



Dulu saya pernah buat entri di sini tentang fesyen orang marah. Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menambah dua lagi koleksi fesyen orang marah. 

Ketiga. Fesyen Lupa diri. Itulah sebabnya kadang-kadang bila orang tengah marah dia boleh tanya kita  ..

" Kau kenal aku siapa ?"

Itu bukan bermakna dia tidak tahu siapa dirinya tetapi dia bertanya begitu sebab dia marah dengan kita kerana tidak melayan dia setaraf dengan kedudukannya.  Jangan pula kita jawab ..

"Eh, engkau bukan Ahmad Jalaludin yang duduk kat Lavender Heights tu ke  ?"  

Keempat. Fesyen cakap terbalik.  Misalnya kalau dia marah dengan  kita sebab selalu sangat meminjam minta rokok, dia akan cakap ..

 "Lain kali kalau kau tak ada rokok, mintalah dengan aku lagi ya !"

Itu maknanya dia dah marah. Jangan pula kita jawab .. 

 "insya-Allah".

Itu maknanya kita tak reti bahasa atau sudah jemu berkawan dengannya.



WORDLESS WEDNESDAY 22 - DISNEYLAND, LOS ANGELES (1984)